in

“Indonesia teruk jerebu kenapa nama Malaysia keluar” – Malaysia Tersenarai Tempat Pertama IPU Tertinggi Di Dunia?!

Malaysia Terburuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan hampir kesemua sekolah ditutup dekat 3 buah negeri dan IPU yang meningkat ke peringkat sangat tidak sihat, keadaan jerebu di Malaysia boleh dikatakan agak teruk jugalah.


Malah buruknya jerebu ni bukan saja pada pandangan mata kita dan berita yang kita dengar setiap hari, laporan dunia juga memberitahu yang IPU di Malaysia ni ialah yang terburuk sekali di dunia! Whaaat! 

41568846171 Tbjerebu
Keadaan di sri aman pada jam 7 pagi | sumber: astro awani

 

Indeks Pencemaran Udara Malaysia di tempat pertama, Indonesia tempat ketiga?

Menurut Astro AWANI, bagaikan tak percaya apabila cerapan IPU oleh World Air Quality Index (WAQI) melaporkan pada Rabu lalu jam 6.20 pagi, Malaysia telah mencatatkan bacaan tertinggi di dunia dengan IPU 266. 

Bacaan ini diikuti dengan negara Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan China (178).

Malah negara jiran terdekat kita seperti Singapura hanya mempunyai bacaan IPU 102 dan Thailand dengan IPU 134.

51568846003 Freesize
sumber: astro awani

 

Bacaan IPU semakin reda, Sarawak masih catat IPU sangat tidak sihat 

Walau bagaimanapun, mujurlah bacaan IPU mengikut negeri setakat jam 6 pagi tadi semakin reda kerana tiada satu pun lokasi mempunyai IPU melepasi tahap bahaya.

Secara keseluruhan, 6 kawasan masih mempunyai bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau, Pulau Pinang.

Fw936468 Kl25 110919 Jerebu Bn201909049999 Lpr
sumber: pmo

Manakala 41 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dan kebanyakannya di kawasan Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Sabah.

Marilah kita doakan semoga cuaca jerebu ni cepat reda dan udara sihat kembali seperti sediakala! 

Baca: “Nak deny lagi ke?” – Jerebu Indonesia Teruk Sangat, NASA Dedah Gambar Asap Boleh Nampak Dari Angkasa

Jerebz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.