in

“Rasa macam nak nangis” – Netizen Puji Mydin Sebab Jual Baju Melayu RM 5

Untitled Design 2024 03 26T123237.554

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam kini sedang berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut kedatangan bulan Syawal, pada hari Raya Aidilfitri, kita disunatkan untuk memakai pakaian yang cantik serta serba baru, atau pakaian yang terbaik kita ada.


Pun begitu, tidak dapat dinafikan pakaian raya ini boleh mencecah ratusan ringgit dan ianya menjadi beban buat mereka yang tidak berkemampuan.

Artikel berkaitan: “Admin Mydin pun join!” –  Tunjuk ‘Landmark’ Di US, Gambar Wan Azizah Jadi ‘Meme’

Artikel berkaitan: “Saya akan continue Menu Rahmah ini” –  Bos MYDIN Sebak Mengenang Pemergian Salahuddin Ayub

@abdulazimbinabdulilah

Alhamdulilah geng2 bapak2 awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah,awal ramadhan,raya pulak #ramadhan2024 #raya2024 #mydin #rakyat #ayah #fyp

♬ bunyi asal – 𝓕𝓑𝓖༺🅜🅐🅦🅐🅡༻ – ༺🅜🅐🅦🅐🅡༻🌹

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh @abdulazimbinabdulilah memaparkan jenama pasar raya terkemuka tempatan Mydin, menjual baju Melayu berharga RM 5 sahaja.

Dalam video tersebut, kelihatan pelbagai jenis warna dan design baju Melayu tanpa seluar (baju sahaja) yang dijual di situ.

Merujuk kapsyen, difahamkan baju berkenaan dijual dengan harga sangat murah di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak.

“Dapat merasa beli baju raya” 

Ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen positif kepada rangkaian pasar raya tersebut yang seakan faham dengan masalah rakyat yang kurang berkemampuan.

Ramai yang merasakan promosi sebegini sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka yang sudah sekian lama tidak membeli pakaian untuk berhari raya.

Cats 32

Alhamdulillah, moga ada jenama lain yang ikut jejak Mydin!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.