Macam yang korang tahu, Jumaat lepas PM telah mengumumkan yang PKP bakal dilonggarkan sikit dengan membenarkan hampir semua perniagaan dan sektor ekonomi beroperasi hari ini dengan syarat, semua patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Penggunaan pengangkutan awam seperti RapidKL juga telah mula beroperasi seperti biasa dan seperti yang telah ditetapkan, pekerja di sana perlu memeriksa suhu penumpang dan mengawal pergerakan dorang.
Selain itu, salah satu cara dorang memastikan orang ramai penjarakan sosial dipatuhi, beberapa pita merah telah ditampal di atas lantai dan tempat duduk menunjukkan jarak 1 meter.
Pun begitu, seperti yang ramai jangkakan, ada orang yang degil dan tak nak patuh arahan yang telah ditetapkan dan mungkin sebagai protes, orang tersebut telah mengoyakkan poster “jarak sosial” dari tempat duduk yang ditampal di atas kerusi.
Rapid KL telah memuat naik gambar ini ke Facebook dan menyuarakan rasa khuatir mereka dengan perbuatan tak bertanggungjawab ini.
Poster ini ditampal untuk keselamatan. Tolong beri kerjasama dengan kami dan jangan koyakkan. #KitaJagaKita”
Mereka turut meminta orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dan patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Pun begitu, Rapid KL telah pun memadam posting ini di laman Facebook mereka.
Seriouslah, tak boleh nak ikut arahan tu satu, yang sampai nak koyakkan poster tu kenapa?
Baca: [TERKINI] Hampir Semua Aktiviti Perniagaan & Ekonomi Dibenar Beroperasi Berkuatkuasa 4 Mei Ini- PM