in

Rasa Kebas Lepas Bangun Tidur? Mungkin Petanda Untuk 5 Masalah Kesihatan Ini

Featured Semut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah rasa kebas atau ‘semut-semut’ lepas bangun tidur kan? Ia biasanya berlaku bila salah satu bahagian tubuh kita tertindih lama masa tidur sebab peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.


Rasa kebas sekali-sekala tak jadi masalah, tapi rasa kebas lepas bangun tidur boleh juga jadi petanda penyakit yang kita tak patut pandang remeh kalau ia berlaku dengan kerap. Hal ini kerana ia mungkin petanda 5 penyakit ini.

1. Carpal tunnel syndrome

Tekanan pada saraf utama di bahagian depan pergelangan tangan adalah satu sebab penyakit ini. Selain kerap rasa ‘semut-semut’ bila bangun tidur, simptom lain penyakit ini adalah cengkaman tangan jadi lemah dan mudah lenguh.

Carpal Tunnel Syndrome E1525802180186

2. Spondylosis serviks leher

Punca penyakit ini adalah daripada cengkaman tulang belakang pada leher dan ia biasanya berlaku dalam kalangan orang tua. Selain rasa kebas, simptom lain penyakit ini juga adalah tengkuk menjadi kaku dan kaki hilang sensasi.

1

3. Neuropati perifer

Kerosakan pada sistem saraf merupakan punca penyakit ini. Hal ini kerana saraf bertugas untuk terima dan kirim signal antara sistem saraf utama dan badan. Simptom biasa penyakit ini ialah rasa ‘semut-semut’ dan badan rasa sakit bila bangun pagi dan telinga berdengung.

Personmassagingtheirheel C60Ecbe3A43Bd72A5F819443B32B0599 600X400

4. Diabetes 

Diabetes merupakan penyakit kronik yang berpunca gula dalam darah tinggi. Ia terjadi apabila badan tidak efektif memberi respons terhadap insulin. Salah satu simptom penyakit ini adalah kebas, badan rasa sengal, dan hilang deria rasa serta sentuhan pada kaki.

Gettyimages 90695610 Diabetes Feet

5. Kurang vitamin B12

Vitamin ini berfungsi untuk pastikan otak dan saraf berfungsi dengan sempurna. Tapi, kekurangan vitamin B12 ini juga berpotensi sebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun. Simptom sakit ini ialah badan rasa kebas, sakit sendi dan otot serta selera makan menurun.

Vitamin B12 1

Jadi guys, jangan ambil sambil lewa tau kalau selalu rasa ‘semut-semut’ dan kebas lepas bangun tidur.

Baca: “Patut beri rawatan tanpa stigma”-Majlis AIDS Malaysia Kecam Pekerja Kesihatan Cakap Pasal Pesakit HIV Di TikTok

Kebas

Sumber: physiomobile
Sumber: idntimes
Sumber: cdc
Sumber: hellodoktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.