Ketika bulan Ramadan ini, sama seperti orang lain, golongan artis juga ingin mencari duit lebih untuk Aidilfitri tidak lama lagi.
Namun, percubaan seorang pelakon dalam menjual kambing perap di sebuah bazar ramadan baru-baru ini telah mendapat kritikan hebat seorang pelanggan yang mendakwa makanan yang dijual tidak sedap.
Artikel berkaitan: “Wallahi, suara saya tak di edit” – Netizen Meremang Dengar Ketika Zara Zya Sebut ‘Iblis’
Artikel berkaitan: “Tak rasa malu ke?” – Zara Zya Promote Produk ‘Tambah Ghairah’, Netizen Tuduh Tak Kena Dengan Penampilan
“Rasa dia 1/10”
Menerusi sebuah posting yang tular di Facebook, individu ini mendakwa kambing perap yang dijual pelakon wanita, Zara Zya dekat Bazar Ramadan Jalan Kebun, Shah Alam tidak menepati citarasanya.
Pelanggan ini meluahkan rasa kecewanya dengan mengatakan berat kambing perap yang dibeli tidak sampai 150 gram selepas membuang sayur kubis.
Malah dia juga memberikan rating sebanyak 1 daripada 10 terhadap rasa kambing perap tersebut yang bernilai RM16 sebekas.
Masa beli memang tak boleh tengok isi, sebab dia dah siap packing. Kita tunggu bayar sahaja,” katanya.
Posting itu juga mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mengatakan kubis di dalam juadah itu juga kelihatan dipotong malas, malah ada yang mengesyorkan individu itu membeli makanan lain yang jauh lebih berbaloi.
“Kalau tak sedap, tak apa… jangan beli lagi”
Posting tersebut telah mendapat balasan daripada Zara Zya sendiri yang mencadangkan agar pelanggan itu mencuba makanan tersebut versi frozen yang dijual dengan harga RM59 bagi 1.2kg untuk mendapat rasa yang lebih puas hati.
View this post on Instagram
Terima kasih untuk semua comment. Apa yang tak baik saya akan perbaiki. Kalau nak yang solid, puas hati, beli yang frozen punya ye. RM56 untuk 1.2kg.
“Tak ada sayur kubis yang potong macam orang malas dan sos pun asing. (Kubis tu saya potong sendiri secara manual),” katanya.
Zara juga pada masa yang sama meminta pelanggan itu jangan membeli lagi jikalau kambing perapnya yang dijual tidak sedap dan meminta untuk tidak menghasut orang lain untuk tidak membeli makanan itu.
Kalau tak sedap, tak apa… jangan beli lagi. Tapi janganlah hasut orang lain pula ye,” katanya lagi.
Ada yang dah try ke kambing perap air tangan Zara Zya?
Sumber: Facebook