in

“Rare tu balut daun pisang” – [VIDEO] Viral di TikTok Pakcik Buka Gerai Nasi Lemak Seawal 4.30 Pagi, Gerai Bersih Teratur

ft cikmak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita tengok gerai nasi lemak dibuka seawal jam 6 pagi kan? Tapi, viral di TikTok baru-baru ini sebuah video dimuat naik oleh seorang individu menunjukkan dia ke gerai nasi lemak tepi jalan jam 5.15 pagi.

Katanya, pakcik itu berniaga di Jalan Ayer Molek, Melaka dan gerainya dibuka seawal jam 4.30 pagi. Melalui video itu, boleh dilihat jalan raya masih tiada kenderaan lalu lalang dan suasana masih gelap. Namun, pakcik ini percaya dengan rezeki di awal pagi.


Individu bernama Ariff Lubis itu kemudian bertanya harga sebungkus nasi lemak dan terus membelinya dengan jumlah RM30 untuk pakcik itu sedekahkan kepada sesiapa yang memerlukan.

https://www.tiktok.com/@arifflubis/video/6925568703127915778

Kata pakcik itu lagi, setiap hari makanannya habis terjual dan netizen yang menonton video tersebut memberi komen dan pelbagai respon. Namun antara yang paling menjadi perhatian adalah gerai pakcik itu yang bersih dan teratur serta nasi lemak yang dijual masih menggunakan daun pisang.

komen 1

Ada juga yang berkata mereka teringatkan insan tersayang (bapa atau datuk) lepas tonton video tersebut di TikTok. Beberapa netizen turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri berniaga kecil-kecilan, sama seperti dilakukan pakcik itu.

Ramai yang turut mendoakan kesejahteraan pakcik itu serta dimurahkan rezekinya selain turut memuji tindakan Ariff yang bersedekah dengan cara sebegitu.

comment 1

Sedapnya nasi lemak daun pisang.

Baca: “Papa makan nasi tak ada lauk?” – Netizen Sebak Lihat Video Anak Beranak Hidup Susah di TikTok, Rancang Ingin Beri Bantuan

makan nasi

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.