in

Khairul Aming Senaraikan 9 Tempat Makan Sedap & Murah, Ramai Netizen Excited Nak Pergi Hat Yai

Ka Share Port Makan Di Hat Yai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di media sosial, min jamin hanya seorang ini sahaja yang membawa pengaruh kuat dalam bab-bab makanan ni, iaitu Khairul Aming. Pasti dia akan menjadi rujukan utama untuk mendapatkan idea menu masakan harian kita terutamanya di bulan puasa.

Jadi, tidak hairanlah kalau dia memberikan perkongsian makanan yang enak dan mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini Khairul Aming dikatakan sedang bercuti di Hat Yai dan dia ada kongsikan port-port makanan yang murah dan sedap, of course halal!


 

9 tempat makan di Hat Yai

Dalam video berdurasi 4 minit 25 saat yang telah meraih 1.6 juta tontonan dalam masa 5 jam itu, Khairul Aming menyenaraikan 9 lokasi makanan tersebut.

Antaranya, Kaitod Meena, kataya kedai tersebut tersangat terkenal sehingga orang mula beratur panjang seawal jam 9.30 pagi. Kedai tersebut menghidangkan sejenis nasi berwarna kuning dan ayam goreng yang dikatakan sangat sedap.

Seterusnya adalah Klong Hae Floating Market yang mempunyai satu konsep yang begitu unik di mana para peniaga menjaja makanan mereka di atas bot. Lokasi ketiga adalah Lee Garden Night Market yang menjual makanan laut murah seperti udang besar dan lempeng tiram.

Antara lokasi-lokasi lain yang dikunjunginya seperti Kai-Tod Decha, Nimby Coffee House, Central Festival Hat Yai, Khlong Hae Buffet Seafood Halal, ASEAN Night Bazaar Hat Yai, Food Villa, 7 Eleven. Kalau korang nak tahu apa uniknya, boleh tengok video ni…

@khairulaming

Dari pagi sampai malam tak berhenti makan dekat Hat Yai ni. Sedap and murah makanan kat sana 😭😭 Siapa sini dah pernah pergi? cuba share tempat favourite korang #CutiCutiTikTok #makanlokal #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Dengan perkongsian ini, ramai netizen terliur dengan makanan yang dipaparkan dan ada di antara mereka sudah merancang untuk ke Hat Yai sebagai destinasi percutian seterusnya.

Hy1

Hy2

Hy3

Aduhh min sendiri kecur air liur bila tengok semua makanan tu! 

Baca : [VIDEO] Tutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staf Bercuti Ke Langkawi Siap Naik ‘Private Yacht’!

Ft Khairulaming Bawa Staf Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.