in

Ramai Yang Minta Ulas Isu Guna Sikat Rambut Di Pasar Raya Tapi Tak Beli, Bos Mydin Bersuara

isu guna sikat mydin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular beberapa hari lepas mengenai sebuah video yang memperlihatkan sebuah keluarga mencuba sikat yang berada di rak jualan dan didakwa tidak membeli sikat yang digunakan itu.

Video terbabit telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang menegur tindakan keluarga terbabit yang dianggap tidak bermoral dan boleh membahayakan pengguna lain dari segi aspek kebersihan.


Malah, ramai yang meminta pihak pengurusan pasar raya terbabit untuk memberi teguran mengenai isu tersebut.

Screenshot 2025 09 30 102423

Artikel berkaitan: Bos Mydin Anggap Kenakan SST Ke Atas Buah Import B40 Sebagai Tak Masuk Akal

Artikel berkaitan: Rambut Anak Tersekat Pada Sikat, Tindakan Ibu Ini Dapatkan Bantuan Di Balai Bomba Dikecam Netizen?

Bos Mydin bersuara

Susulan isu itu menjadi perhatian ramai, bos Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin tampil memberikan nasihat terbuka kepada semua pelanggan mereka.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, beliau menyatakan tidak menjadi masalah untuk pelanggan memakai sikat tetapi barangan itu seharusnya dibeli dahulu sebelum digunakan.

“Inilah dia, kita nak suka sikat rambut tapi janganlah dekat Mydin atau kat mana-mana saja. Inikan cerita hygiene (kebersihan), jadi nak menyikat tak salah, tapi belilah sikat tu dulu,” tegurnya.

@mydinmalaysia

Assalamualaikum & salam hormat, Kami mengambil maklum isu yang tular tersebut. Kami memohon kerjasama semua pelanggan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sensitiviti produk. Sekiranya terdapat sebarang isu atau aduan, sila kepada kaunter khidmat pelanggan atau hubungi kami di talian 1300-30-8786 dengan segera. Terima kasih atas kerjasama anda.

♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧

Sementara itu, pemilik video sebelum ini mendakwa dia ada membeli sikat di pasar raya berkenaan namun kesemua sikat yang dibeli itu bukanlah sikat yang digunakan dalam video tular terbabit.

Wanita itu turut membela dirinya dengan menegaskan bahawa tindakannya tidak salah seperti yang diperkatakan segelintir netizen.

Screenshot 2025 09 30 102242

Dakwanya, jika orang ramai berasa was-was, disarankan untuk membasuh terlebih dahulu sikat terbabit.

Dalam pada itu, dia mendakwa tidak terkesan dengan komen yang diberikan netizen dan turut meminta maaf kepada pihak pasar raya tersebut atas perbuatannya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.