in

Ramai Remaja Sekarang Ketagih Minum Air Tuala Wanita?

Pad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau remaja sekarang fikir ambil dadah atau minum air arak sampai mabuk-mabuk tu cool… korang salah sebab korang mungkin kalah dengan trend terbaru daripada Indonesia ini.


Menurut Malaysiakini, ada kegilaan baru yang dikesan dalam kalangan remaja Jakarta dan bandar sekitarnya iaitu dengan meminum air daripada tuala wanita! Euwww yekkk! 

 

Minum air rebusan ‘pad’ untuk rasa fly, tenang dan gembira 

Kes penagihan air rebusan tuala wanita yang dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tangerang ini sebenarnya berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja. Hasil penemuan kesan ‘puas’ itulah yang membuatkan trend ini jadi viral kepada remaja lain.

“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira,” kata Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty.

Fenomena Remaja Mabuk Rebusan Pembalut Ini Kandungan Zat Kimia Berbahaya Yang Bikin Ngefly
sumber: tribunnews

 

Minum air rebusan boleh sebabkan kesan kimia pada mata dan badan

Disebabkan idea minum rebusan ‘pad’ ni kebabom sangat, penyelidik Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sampai terkejut bila dapat tahu kegemaran terbaru remaja kat Indonesia ni.

Trend Mabuk Air Rebusan Pembalut Wanita Makin Mewabah Di Karawang
sumber: blog

Kata Yessi Permana, bukan isu mabuk yang buat dia bimbang tapi air rebusan ni sebenarnya sangat berbahaya sebab mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh beri kesan kepada mata dan butiran polimer penyerap cecair yang bahaya kepada badan kita.

Aduhai apalah korang ni macam-macam trend pelik sampai nak minum air rebusan pad bagai… Karang kalau sakit, siapa yang susah??

Baca: Viral Video Tarian Pelik Bukti Rakyat Malaysia Tertekan?

Pelik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.