Viral Video Tarian Pelik Bukti Rakyat Malaysia Tertekan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Viral Video Tarian Pelik Bukti Rakyat Malaysia Tertekan?

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Rakyat Malaysia yang memang terkenal dengan skill ‘troll’ orang kali ini terhibur dengan sebuah video yang viral semalam (26 Ogos).

Menerusi perkongsian Facebook, sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menari dengan tarian pelik dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia telah viral gara-gara dikatakan bukti rakyat Malaysia semakin tertekan. Laa ye ke ni?

Cuba korang tengok tarian akak ni.

Rata-rata netizen melemparkan komen negatif terhadap tarian tersebut. Tak kurang jugak yang jadikan tarian ni sebagai bahan gelak. Aduii kesian akak tu kena viral. 

Sumber: Facebook

Gelak-gelak jugak. Tapi bagi korang yang tak tahu, salah seorang netizen explain yang kumpulan tu ialah daripada STEFANI atau nama penuhnya Sanggar Teater Fauziah Nawi. Ooo anak didik Fauziah Nawi la ni!

Malah dorang jugak bukan saja-saja buat persembahan tarian ni. Ia merupakan promosi teater yang akan keluar tak lama lagi oleh ahli-ahli junior di STEFANI.

Sumber: Facebook

Pun begitu, nasib ada jugak di antara netizen yang tak cepat melatah dan faham tarian tu adalah sebahagian daripada tugasan dan exposure dunia luar kepada budak-budak teater ni.

Sumber: Facebook

Papepun gais tak baik tau korang troll budak-budak ni. Memanglah tarian tu nampak pelik tapi apa-apapun siasatlah dulu sebelum viralkan benda-benda macam ni.

Admin rasa macam nak join teaterlah pulak lepas ni… boleh release tension!

Baca: Pelik! Cipta ‘Perfect Life’ Kat Media Sosial Dengan Curi Gambar Anak Orang 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!