in

Ramai Pesakit Gastrik Takut Nak Puasa, Doktor Kongsi Tips Elak Gastrik Di Bulan Ramadan

feature 2 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara kita yang menghidap gastrik kan. Kalau makan lambat pada hari biasa pun dah boleh buat kita sakit perut sampai nak berguling, apatah lagi nak berpuasa pada bulan Ramadan.

Jangan risau, kali ini Doktor Nimelesh ada kongsikan beberapa tips khusus menerusi Twitter untuk penghidap gastrik supaya korang boleh elakkan dari terkena gastrik sepanjang berpuasa.


Gastrik ialah sejenis penyakit radang di bahagian dinding perut. Ia boleh menyebabkan korang berasa tidak selesa pada perut. Jadi, jangan ambil mudah dengan penyakit ni tau. 

gastrik 3

Perkara pertama yang korang perlu buat ialah sentiasa bersahur. Walau mengantuk macam mana sekali pun, penghidap gastrik perlu makan ketika waktu sahur. Kalau tak, nanti perut korang kosong sepanjang hari. Nak tunggu waktu berbuka memang azab lah jawab dia. 

Ketika berbuka pula, korang perlu makan sedikit sahaja. Jangan makan sampai penuh meja. Korang boleh ambil kurma dan minum air sebagai pengalas perut.

Selain itu, Doktor Nimelesh juga menyarankan korang agar makan makanan berat selepas solat Maghrib.

Disebabkan penyakit gastrik selalu berpunca daripada pengambilan makanan yang pedas secara berlebihan, jadi, korang juga perlu elakkan makan makanan yang pedas ketika berbuka.

Elakkan juga minum kopi atau apa-apa minuman yang berkafein.

Selain itu, pesakit gastrik juga tidak digalakkan untuk minum susu sebab susu boleh meningkatkan lagi asid perut sekali gus perut korang akan lagi sakit.

gastrik 1

So, korang boleh lah cuba tips yang dikongsi oleh doktor ni. Selamat berpuasa! 

 

Baca: Lelaki Tikam Perut Sendiri Kerana Kecewa Menghidap Gastrik 

gastrik

Sumber: Says.com
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.