in ,

Padah Kentut Depan Polis Dengan Niat Untuk Provokasi, Lelaki Ini Didenda Lebih RM2000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada macam-macam cara dilakukan oleh individu tak puas hati dengan polis untuk menunjukkan provokasi mereka, tetapi apa yang dilakukan lelaki ini sedikit berbeza.


Seorang lelaki di Vienna, Austria bertindak kentut depan pegawai polis dengan niat untuk melakukan provokasi ke atas pegawai tersebut, lapor metro.

Akibat tindakan itu, lelaki tersebut dikenakan denda kira-kira RM2686.

Mengikut sumber, polis tersebut mendakwa lelaki itu pada mulanya duduk di sebuah bangku di taman sebelum bangun, pandang pegawai tersebut dan kentut dengan niat provoksi.

Malah pegawai polis tersebut memaklumkan pelaku tidak bekerjasama dan bersikap provokatif terhadap anggota.

 

Baca : Kapal Terbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan Kerana Penumpang Lelaki Tak Berhenti Kentut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.