Check suhu badan sebelum memasuki mana-mana premis merupakan salah satu SOP yang perlu dipatuhi oleh semua orang di Malaysia.
Pun begitu, masih ada juga yang tak reti nak imbas suhu dengan betul macam guna pergelangan tangan, dan ada juga yang sampai tak nak scan langsung. Susah sangat ke?
Baru-baru ini, tular satu video TikTok menunjukkan seorang pengawal keselamatan telah ditampar hanya kerana meminta salah seorang pelanggan untuk imbas suhu.
“Ramai kurang ajar harini”
Dikatakan, kejadian ini berlaku di Tesco, Kota Bharu, Kelantan pada hari Isnin lalu di mana seorang pemuda dikatakan enggan scan suhu sehingga bergaduh dengan pakcik guard yang bertugas di pintu masuk.
@ashhpopo @tescomalaysia #fyp #kotabharu #tiktokkelantan kena tampar sebab tegur tidak scan suhu.
Lepas bertekak dalam 15 saat gitu, dia kena tampar guys. Seminit pengsan.”
Selepas dikejutkan oleh rakan-rakan sekerja, pakcik malang ini mengadu mengatakan ramai yang kurang ajar dengannya hari ini. Pekerja di sana pula kemudiannya membantu pakcik ini untuk bangun.
Ramai kurang ajar harini.”
Rata-rata netizen yang menonton video ini meminta agar pakcik tersebut membuat laporan polis supaya pelaku tersebut boleh ditangkap.
Pelaku tersebut dikatakan telah pun melarikan diri selepas insiden tersebut namun tak diketahui sama ada pakcik tersebut telah membuat laporan polis atau pun tidak mengenai kejadian ini.
Baca: Bengang Ditegur Tak Pakai Mask, Wanita Berusia Tumbuk Perut & Baling Pisau Dekat Pegawai MBPP