Seorang wanita dikatakan telah menumbuk perut seorang pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di Pasar Awam Pulau Tikus.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong telah menerima laporan dari MBPP berhubung insiden tersebut.
Siasatan awal menemui yang wanita berusia dalam lingkungan 50-an tersebut telah ditegur oleh pegawai MBPP kerana menggunakan laluan tikus untuk masuk ke dalam pasat tersebut tanpa memakai pelitup muka.
Wanita itu kemudiannya bertindak menumbuk perut anggota lelaki berkenaan sebelum masuk ke dalam pasar dan membaling pisau ke arahnya.
Dia beredar dari lokasi tak lama kemudian dan kejadian itu tak membabitkan kecederaan.”
Tak cukup dengan itu, saksi di tempat kejadian juga mengatakan yang wanita itu selalu membuat kekecohan setiap kali datang ke pasar tersebut.
Soffian menambah pihaknya kini sedang mengesan wanita terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Kes sekarang dah teruk sangat, jadi kita semua main peranan masing-masing. Ikut SOP yang telah ditetapkan, #KitaJagaKita
Baca: Viral Video Cacing Halus Dalam Mask, Netizen Sanggup Rebus Pelitup Muka Sebab Was-was Nak Pakai!