Filem terbaru Malaysia bertajuk Pulau yang dibarisi oleh pelakon terkenal seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry dan Namron bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada bulan Mac depan.
Apabila percutian bertukar tragedi berdarah… 😨#PULAU di pawagam GSC 9 Mac 2023. #Pulaumovie pic.twitter.com/jNplVEUnIb
— GSC (@GSCinemas) January 14, 2023
Walau bagaimanapun, filem Pulau itu telah dikecam warganet di pelbagai platform media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook kerana ramai mengatakan bahawa poster Pulau seakan sama dengan poster filem Hollywood iaitu filem Fantasy Island yang telah ditayangkan pada tahun 2020.
Tambahan pula, kedua-dua filem menggunakan konsep yang sama iaitu percutian ke sebuah pulau yang bertukar menjadi tragedi.
Selain itu, filem Pulau ini juga dikecam oleh warganet kerana ramai mengatakan bahawa trailer filem berkenaan telah menunjukkan bahawa terdapat babak yang kurang sesuai ditontonkan kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak dan remaja.
So, macam mana? Apa pendapat korang tentang filem terbaru ni? Menarik ke idok?
Baca: Telefilem Delen Arahan Janna Nick Terima Kecaman, Netizen Dakwa Tiru Dilan 1990?