in

“Ramai je yang cium dan gomol arwah anak saya” – Bayi Ini Meninggal Dunia Raya Kedua Tahun Lepas Kena Jangkitan Kuman

Bayimeninggaldunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikurniakan cahaya mata merupakan satu anugerah yang terindah bagi pasangan suami isteri, sudah semestinya kehadirannya di dunia ini menyerikan suasana syawal bila berkumpul dengan orang ramai.


Tapi kena ingat bayi yang baru lahir ni agak fragile, sangat sensitif untuk didedahkan kepada umum. Jadi, kepada orang umum kalau nampak pasangan tu baru melahirkan bayi, janganlah judge sangat kalau orang tu tak nak dedahkan kepada umum.

Mereka buat bersebab, kalau tak jadi lah macam arwah anak kepada Muhammad Sallehin Dahlan ni, demi nak menjaga hati orang ramai Sallehin tak sedar bahawa ‘pulangan’ yang di terima sia-sia sahaja lepas arwah anaknya meninggal dunia masa raya kedua tahun lepas.

 

Segelintir manusia yang bodoh dan sombong selalu kata baik tak payah ada anak kalau tak tunjuk dengan orang lain.

61265457 2542075492492602 5436297203565985792 N

Biasalah mulut orang, tak dapat tengok baby, mula lah dengki kata sombong kata berlagak sebab tak nak tunjuk anak.

Demi nak memuaskan hati orang, dia pun dedahkanlah anaknya, ramai yang suka cium gomol bayi ni sampai dia dijangkiti kuman.

Amat mendukacitakan bila anaknya tu meninggal dunia pada raya kedua tahun lepas. Allahu kesiannya..Al- fatihah

“Yang saya bawa ni adalah arwah anak saya. Muhammad Faisal As Sallahhuddin. Meninggal pada hari Raya ke2 tahun lepas. Kerana apa? Kerana kuman. Ramai je yang cium dan gomol arwah anak saya. Sebab segelintir manusia yang bodoh dan sombong selalu kata baik tak payah ada anak kalau tak tunjuk dengan orang lain.”

 

Kepada mereka yang ada anak kecil jangan jadi bodoh seperti saya. Biarkan orang kutuk anda, dan pekak kan telinga.

“So kepada mereka yang ada anak kecil jangan jadi bodoh seperti saya. Biarkan orang kutuk anda, dan pekak kan telinga. Yang penting anak anda sihat. So sampai sekarang orang yang suka gomol anak saya, saya cuma tanya 1 je soalan apa yang saya dapat bila puaskan hati mereka? Dapat ke mereka gantikan anak saya? Kepada mereka semua ada anak kecil jika anda sayangkan anak anda jaga lah sebaik mungkin amanah ALLAH ini. Bukan semua dapat zuriat yang ALLAH berikan. 
Kepada adik anak ayah ini tahun pertama adik tak ada di sisi ayah. Ayah sentiasa merindukan adik. 
Kredit muhammad sallehin dahlan..”

Jadi musim-musim raya dah nak dekat ni,  mereka yang baru sahaja melahirkan anak, janganlah sewenang-wenangnya dedahkan anak kepada umum.

Lihat persekitaran dahulu, dan orang awam kena lah faham, cuba berfikiran terbuka dan fikir lah diri tu, kalau rasa tengah tak bersih sangat tak payahlah dekat. Kadang-kadang admin tak faham dengan manusia yang tak ada common sense ni.

Baca : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Bayimeninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.