in

Ramai Beratur Nak Isi Minyak, Wanita Dikecam ‘Selfish’ Parking Di Pam Petrol Untuk Beli Barang

Ft Wanita Dikecam Park Kereta Dekat Pam Petrol Untuk Beli Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan pastinya kita akan selalu jumpa orang yang berkelakuan seperti di dalam video yang tengah tular ini, dimana sengaja parking kereta dekat pam petrol untuk membeli barang dekat kedai serbaneka di dalam stesen itu.



Tindakan yang dilakukan ini telah membuatkan ramai orang bengang yang beratur panjang untuk tunggu giliran isi minyak petrol.

 

“Selfish”

Video tersebut tular di Facebook dan telah mengundang kecaman terhadap wanita tersebut kerana dikatakan pada waktu kejadian kereta tengah banyak dan beratur panjang.

Dalam video tersebut, kereta tersebut parkir di pam petrol sebelum kelibat seorang wanita muncul membawa beg plastik dan terus pergi.

Selfish ppl 😡😡😡Long Q behind for petrol, but makcik park here and go shopping inside…自私自利的人后面大排长龙等打油,大婶就停在这里进去购物大包小包才出来…

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Tuesday, September 27, 2022

“Orang yang pentingkan diri sendiri. Kat belakang ramai tengah beratur panjang untuk pam minyak, tetapi Mak Cik ini parkir di sini dan pergi membeli-belah di dalam.”

Menurut si perakam, ia mengambil masa selama 3 minit untuk dia beli barang, malah tempoh tersebut sampai orang sempat isi minyak sampai habis.

Biarpun lokasi dan waktu masih belum dikenalpasti, rata-rata netizen di ruangan komen bengang dengan sikap wanita tersebut kerana bagi mereka wanita tersebut sepatutnya meletakkan kereta di ruangan yang betul.

 

Common sense tinggal kat rumah – Netizen

Screenshot 2022 09 28 164053 Screenshot 2022 09 28 164104 Screenshot 2022 09 28 164116

Hurm, kita sepatutnya bertimbang rasa sikit kepada pengguna lain, kesian orang lain yang menunggu dan mereka tengah rush. 

Baca: [VIDEO] Konon Boleh Jimat Petrol, Tindakan Lelaki Titis ‘Minyak’ Dalam Nozel Petrol Dikecam

Ft Titis Minyak Dalam Nozel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.