in

[VIDEO] Konon Boleh Jimat Petrol, Tindakan Lelaki Titis ‘Minyak’ Dalam Nozel Petrol Dikecam

Ft Titis Minyak Dalam Nozel

Tahun 2021 dah nak habis tetapi masih lagi ada yang mempercayai dengan produk-produk karut, itu adalah tanggapan netizen saat mereka menonton satu video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang individu yang cuba promote produk minyak yang kononnya membantu dalam penjimatan petrol.

 

Nanti kereta tersadai jimat lah tu – Netizen

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara individu itu menitiskan minyak tersebut kedalam nozel sebelum memulakan pengisian ke dalam tangki petrol keretanya di sebuah stesen petrol.

Titis Minyak Dalam Nozel Titis Minyak Dalam Nozel 2

Tindakannya itu telah mengundang kemarahan netizen kerana meletakkan bahan di dalam barang kegunaan awam dan biarpun lokasi stesen petrol tidak dapat dikenalpasti ada yang mengatakan bahawa pihak stesen petrol boleh saman individu terbabit.

Selain daripada rasa pelik masih ada yang percaya produk sebegini, ramai yang memberikan komen sinis mengenai kelakuan lelaki tersebut.

Titis Minyak Dalam Nozel 3 Titis Minyak Dalam Nozel 4 Titis Minyak Dalam Nozel 5 Titis Minyak Dalam Nozel 6 Titis Minyak Dalam Nozel 7 Titis Minyak Dalam Nozel 8

Tambahan lagi, ramai juga netizen yang bimbang apabila melihat tindakan lelaki ini jika boleh menjejaskan petrol yang sedia ada.

Video ini viral di TikTok dan meraih 166.5K jumlah tontonan sejak 27 September lepas, namun begitu ia kembali viral di Twitter dan meraih lebih daripada 200 jumlah retweets.

Baca : “Macam tu je nak ajar” – Cubaan Sekumpulan Penjenayah Merompak Gagal Lepas Mangsa ‘Sembur’ Dengan Petrol

1Minyak E1633228118141