in

Ramai Alami Batuk & Selsema, Ini 3 Fakta Tentang Influenza Yang Korang Kena Tahu

Page Influenza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, memang ramai yang kerap alami batuk dan juga selsema kan? Tapi bila buat RTK test, bukannya Covid-19…

Simptom ini dikatakan merupakan gejala awal bagi kes Influenza-Like-Illness (ILI) dan ianya masih lagi berada dalam kawalan walaupun telah mempunyai beberapa kluster yang melibatkan pelajar sekolah seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.


Baru-baru ini juga, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Siti Sarah Aishah telah berkongsikan fakta tentang kes jangkitan tersebut memandangkan ianya semakin merisaukan orang ramai sampaikan menurutnya wad hospital telah mula penuh dengan pesakit ILI.

Tweet

Menurutnya di Twitter, influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan dan boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Malah dalam sesuatu keadaan, jangkitan ini boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Gejala sama macam demam biasa, tapi berpanjangan

Difahamkan gejala ILI ini sama seperti demam biasa bermula dari hari pertama sehingga kedua jangkitan dan ianya lebih mudah dijangkiti oleh kanak-kanak terutamanya simptom cirit birit. Ini antara gejala lain yang korang boleh tahu kalau terkena influenza ni:

  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas

Influenza 2

Kanak-kanak bawah 5 tahun antara golongan berisiko tinggi

Dr. Siti Sarah Aishah juga turut berkongsikan tentang golongan yang mudah untuk dijangkiti serta langkah pencegahan supaya virus ILI ini dapat dirawat dengan segera sebelum tahap kesihatan semakin merosot.

Antara golongannya adalah:

  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berusia 65 tahun ke atas
  • Individu yang mempunyai penyakit kronik
  • Individu dengan tahap imuniti yang rendah

Nasib baik lah virus influenza ni boleh lagi dicegah. Selain dari dapatkan vaksin setiap tahun, korang boleh tengok gambar bawah ni untuk kenal pasti apa lagi cara yang boleh mencegah ILI daripada semakin berpanjangan.

Influenza 1 1

 

Tapi, kalau tak sempat untuk mencegah virus influenza ni, korang boleh juga dapatkan rawatan khusus untuk meredakan jangkitan tu dengan mendapatkan ubat antiviral sekiranya mengalami simptom teruk lebih dari tiga hari.

Korang make sure selalu jaga kesihatan okay? Tak sihat je, terus pergi klinik tau!

Baca: “Simptom lagi teruk dari Covid” – Kes ‘ILI’Terkawal, Boleh Lakukan Ujian Kendiri

Untitled 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.