Sejak dua menjak ini, hangat diperkatakan mengenai isu bantuan dari Malaysia kepada mangsa banjir di Sumatera yang telah mencetuskan pelbagai persepsi di kalangan masyarakat Indonesia.
Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa negara kita lebih pantas bertindak dalam menyalurkan bantuan berskala besar kepada mereka yang memerlukan berbanding kerajaan Indonesia sendiri.

Artikel berkaitan: “Saya kembali bersemangat, terima kasih Malaysia” – Penduduk Aceh Rakam Ucapan Terima Kasih Atas Bantuan Banjir
Artikel berkaitan: “Mayat masih ada dalam kereta” – Situasi Hiba Pasca Banjir Di Kuala Simpang, Aceh
Bantuan tak seberapa
Walau bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian telah tampil menjelaskan keadaan dan menegaskan bahawa naratif tersebut tak selari dengan fakta kejadian yang berlaku di lapangan.
Katanya, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukannya yang disumbangkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi ia sebenarnya datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu.
Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu wawancara audio siar.
Tito juga berkata, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000, yang mana jumlah ini dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan.
@muzakir_abd_rahman #kdnmadani #malaysia #tiktok #viral #fly KDN RI singgung kerajaan Malaysia tentang bantuan
Tegas beliau lagi, kerajaan Indonesia telah menggerakkan peruntukan bernilai berbilion rupiah dan melibatkan 52 daerah serta bandar yang terjejas, selain mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi berkaitan sejak hari pertama bencana berlaku.
Beliau juga mengingatkan bahawa salah faham begini boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara sendiri dalam menguruskan bencana.
Meskipun bantuan luar sentiasa dihargai, Tito menegaskan bahawa sumbangan berskala kecil tak seharusnya mencetuskan gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada negara lain.
Kita memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh. Bantuan luar yang terhad tidak wajar disalah tafsir,” katanya.
“Rasa tersinggung kami rakyat Malaysia”
Kenyataan yang dikeluarkan Menteri Indonesia tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen Malaysia yang mana rata-rata merasakan bantuan yang dihulurkan tidak dihargai.
Ada juga yang berpendapat, menteri berkenaan bersikap sombong kerana tidak menghargai bantuan dari negara luar.
Malah ada juga sebilangan rakyat Indonesia sendiri memohon maaf di atas kelancangan kata-kata daripada menteri mereka sendiri.

Sumber: Sinar Harian, TikTok
