in

“Rakyat gagal” – Viral Foto Tol Gombak Sesak, Netizen Tak Puas Hati Ramai Dapat Balik Kampung

Jem Di Tol Gombak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha dulu sudah kecoh isu yang mengatakan ada segelintir pihak pulang ke kampung halaman sempena raya ini sehingga mengakibatkan jalan raya sesak.


Nampaknya mereka yang pulang ke kampung hari tu sudah pulang semula ke Kuala Lumpur selepas tular foto aliran trafik yang kelihatan sesak di lebuhraya menghala ke Tol Gombak malam semalam.

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, lebuhraya dilihat sesak sekitar jam 8.40 malam dan kebanyakan kenderaan datang dari highway Karak menghala ke Kuala Lumpur. Uishhh… 

E65Tqjovcakttvw

E65Tqzcvcagcvph

 

“Tahniah #rakyatgagal jem Tol Gombak” 

Foto aliran trafik di lebuhraya itu telah menibulkan rasa tidak puas hati netizen yang menganggap terdapat segelintir rakyat yang masih degil dan tidak mematuhi larangan merentas daerah dan negeri demi menghalang penyebaran wabak COVID 19.

Malah ramai juga yang jealous sebab mereka yang pulang ke kampung ni dapat berpeluk dan salam ibu ayah di kampung tanpa menghiraukan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Rakyat Gagal

Apa-apapun kita doakanlah semoga mereka yang pulang semula ke KL ni sihat-sihat belaka dan tidak membawa wabak COVID 19 ke sana sini. Stay safe semua! 

Baca: “Nak balik kampung boleh?” – [VIDEO] Comel! Anak Kecil Minta Izin Balik Kampung Dengan Polis, Terlampau Rindu Atok & Nenek

Balik

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.