in

Rakam Video Suami Bawa Masuk Teman Wanita Dalam Rumah, Isteri & Anak Cedera Dibelasah

Gaduh 10

Gara-gara merakam perbuatan suami yang membawa masuk perempuan yang tidak dikenali, seorang wanita teruk dibelasah oleh suaminya sehingga mengakibatkan cedera di beberapa anggota badan.

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku di Taman Desa Pauh, Arau, Perlis itu berlaku pada jam 5.10 petang apabila mangsa baru sahaja sampai di rumahn sebelum dia ternampak suaminya menolak seseorang yang tidak dikenali masuk ke dalam bilik air di dalam bilik tidur rumah mereka.

Gaduh 1
Gambar hiasan

Rakam suami dengan teman wanita

Melihat kejadian itu, wanita tersebut terus merakam perbuatan suaminya bersama perempuan itu sebelum suspek menyedari dirinya sedang dirakam.

Suspek dikatakan berang dengan isterinya, dia telah merampas dan menghempas telefon bimbit mangsa sehingga pecah lalu membelasah wanita itu sehingga mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata perempuan berkenaan dipercayai teman wanita kepada suami mangsa.

Artikel berkaitan: “Takkan dia tak nampak?” – Lelaki Bangladesh Cedera Dilanggar Motor Sebelum Kena Rempuh Myvi

Artikel berkaitan: Tak Puas Hati Kereta Dihon Sebab Halang Laluan, Pemandu Lori Cedera Dipukul ‘Stranger’

Anak lelaki turut dibelasah

Pergelutan itu tidak terhenti di situ sahaja apabila anak lelaki mereka yang berusia 16 tahun cuba membantu ibunya namun suspek bertindak membelasah anaknya sendiri. Disebabkan itu, anak lelaki mereka mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuklah di kepala.

Selain itu, adik kepada mangsa turut ikut campur bagi meleraikan pergaduhan itu sebelum mangsa sendiri tampil ke Balai Polis Arau untuk membuat laporan polis. Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Siasatan awal mendapati, rumah yang didiami pasangan itu adalah milik mendiang ibu suspek dan suspek juga tidak bekerja. Walau bagaimanapun, lelaki itu ditahan oleh polis dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber: Harian Metro