Umumnya, daripada seorang influencer masakan, Khairul Aming kini telah menjadi usahawan yang berjaya apabila produk Sambal Nyet miliknya laris umpama pisang panas, kutipan sampai jutaan ringgit.
Membawa reputasi dan penampilan yang baik di mata rakyat Malaysia, ternyata sikap positif itu juga Khairul Aming amalkan kepada pekerja-pekerjanya untuk menjaga kebajikan mereka.
Tutup kilang, book satu resort untuk semua staf
Tular di media sosial apabila KA membawa semua pekerjanya bercuti di sebuah resort, Lalang Resort & Spa, Jeli, Kelantan untuk rehatkan diri.
Difahamkan, ganjaran yang diberikan ini bukanlah pertama kali kerana ini adalah kali kedua selepas dia membawa pekerja bercuti di Genting Highland tak lama dulu. Dalam masa sehari ia dikongsikan, video ini telah meraih lebih daripada 7,600 jumlah retweets.
Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip ? pic.twitter.com/4FFqmtDmKj
— Khairulaming (@khairulaming) October 19, 2022
Melihat keseronokan kesemua pekerja-pekerjanya, ramai netizen terpukau dan makan hati apabila melihatnya. Bahkan, ada juga netizen yang nak cuba nasib untuk kerja dengan KA.
Ada kerja kosong tak – Netizen

Dalam pada itu, ramai juga yang puji sikap KA yang begitu jaga kebajikan pekerja mereka dengan membandingkan usahawan lain, malah ada juga yang mendoakan bahawa KA dimurahkan rezeki. Aminn.
Baca : “Nak attention ke?” – Ramai Tak Puas Hati Individu Ni Samakan Khairul Aming Dengan Berhala?

