in

“Nak attention ke?” – Ramai Tak Puas Hati Individu Ni Samakan Khairul Aming Dengan Berhala?

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni sebut je nama Khairul Aming mesti ramai yang kenal kan? Bukan sahaja dikenali oleh orang-orang yang sebayanya malah hampir semua lapisan masyarakatlah kenal.

Kejayaan Khairul Aming yang berjaya mencetuskan fenomena dengan video memasaknya ini bukanlah mudah. Baru-baru ini sempena hari jadinya yang ke-30, influencer ini telah memuat naik video menceritakan jatuh bangunnya sehingga berjaya memiliki dua kilang hari ini.


Namun begitu, disebalik kejayaan Khairul Aming yang mendapat pujian ramai ini, ada juga sesetengah individu yang cuba untuk jatuhkannya.

Macam semalam, seorang individu telah mendakwa bahawa Khairul Aming merupakan berhala yang disembah oleh orang ramai.

Screenshot 2022 09 27 At 10.33.43 Am

Bukan itu sahaja, individu ini turut mengatakan bahawa Khairul Aming juga adalah seorang freemason.

Screenshot 2022 09 27 At 10.35.07 Am

Dakwaan tidak masuk akal lelaki ini jelasnya telah membuatkan ramai orang marah dan tak puas hati sehinggakan ramai yang mengatakan dia hanya mahukan perhatian serta cemburu dengan kejayaan yang dikecapi oleh Khairul Aming.

Screenshot 2022 09 27 At 10.37.34 Am Down

Menjawab kritikan dari orang ramai, individu tersebut mengatakan bahawa dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang dikatakan.

Screenshot 2022 09 27 At 10.43.20 Am

Biasalah, bila dah berjaya mesti akan ada punya orang yang akan mengkritik. Harapnya Khairul Aming tak terkesan dengan perkara ini dan teruskan kehidupan seperti biasa. 

 

Baca: Jualan Sambal Dah Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Kongsi Cabaran Sejak Awal Operasi

Screenshot 2022 09 27 At 10.50.13 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.