in

Raih 22 Juta Undian, Haqiem Rusli Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 menerima banyak bantahan daripada rakyat Malaysia, anugerah yang berlangsung pada malam tadi itu dilihat berjalan dengan penuh lancar dan meriah sekali.


Anugerah berprestij ini disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil. ABPBH 33 menyaksikan banyak wajah-wajah baru yang bertanding untuk merangkul anugerah bagi 13 kategori utama dan 5 kategori online yang dipertandingkan.

Edisi kali ini menyaksikan penyanyi Haqiem Rusli merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Edisi ke-33 dengan 22 juta jumlah undian untuk kategori terbabit. Bukan itu sahaja, penyanyi yang berumur 22 tahun itu juga berjaya merangkul Anugerah Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom Popular.

B 3

A 6

Selain daripada membawa pulang trofi kemenangan bagi anugerah-anugerah yang dimenangi, Haqiem Rusli juga membawa pulang sebuah kereta Nissan Leaf yang ditaja oleh Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Buat anda yang terlepas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 pada malam tadi, berikut adalah senarai penuh pemenang bagi semua kategori yang dipertandingkan.

1 1

2 1

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

 

BACA: Janna Nick Dilabel Annoying, Ini 5 ‘Epic Moment’ ABPBH31 Semalam

Capture 14

Sumber: TV3 Malaysia
Sumber: TV3 Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.