in

Janna Nick Dilabel Annoying, Ini 5 ‘Epic Moment’ ABPBH31 Semalam

Jannaannoy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 31 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan penyanyi sedang meningkat naik, Wany Hasrita dijulang sebagai Bintang Paling Popular pada tahun ini.


Di sebalik kemeriahan anugerah yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), ini dia 6 epic moment yang masih segar di ingatan korang yang menonton ABPBH semalam. Nombor 5 paling ramai yang tak percaya!

 

1. Ramai cakap Janna Nick annoying?

Do6Oqgquuaaa8Kq
sumber: twitter

ABPBH 31 kali ni memang lain dari yang lain sebab anugerah berprestij ni telah menampilkan tiga pengacara baru iaitu Ajak, Zara Zya dan Janna Nick.

Macam manapun, menerusi tinjauan di media sosial semalam, ramai yang luah rasa tak puas hati dengan pengacaraan Janna yang dikatakan agak annoying. Laa dah kenapa pulak? Baca tweet netizen kat bawah ni.

Janna Nicke
sumber: twitter

 

2. Adegan sweet Fattzura buat ramai jeles

Do6Pbizuwaekvsy
sumber: twitter

Kemunculan pasangan merpati sejoli ni di ABPBH semalam memang menarik perhatian ramai. Adegan sweet antara dorang buat ramai netizen kencing manis dan tu belum lagi ditambah dengan kemenangan berganda-ganda Fattah Amin dan Fazura.

Si suami menang Pelakon TV Lelaki Popular, si isteri pulak menang Pelakon TV Popular kategori wanita. Fuh, relatioship goalss!

Fattah Fazura
sumber: twitter

 

3. Dua ex Neelofa dalam satu pentas!

Siapa yang tengok ABPBH semalam mesti perasan Hans Isaac dan Fattah Amin duduk sepentas kan? Haa dahlah Neelofa tak datang majlis anugerah tu semalam. Netizen apa lagi mulalah membawang! Katanya, ABPBH ni reunion ex-ex Neelofa. Yelah tu korang ni! 

 

4. Fesyen papadom atas kepala Erma Fatima jadi bualan

Majlis anugerah selalunya jadi pentas untuk para selebriti melaram sakan supaya jadi perhatian para penonton. Tapi fesyen luar biasa Erma Fatima yang terkenal dengan watak Mok Cun ni memang luar biasa betul!

Topi yang dipakainya ada yang kata ala-ala papadom dan tikar mengkuang. Gandingan artis otai ni dengan Ogy Ahmad Daud memang tak kering gusi dibuatnya.

 

5. Ramai terkejut Wany Hasrita menang

Do6T9Pauyaaf9Dq
sumber: twitter

Bagi admin, inilah momen paling epik dalam ABPBH semalam. Penyanyi Wany Hasrita muncul buat kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang trofi utama iaitu Bintang Paling Popular.

Dengan meraih undian tertinggi dalam kategori Penyanyi Wanita Popular iaitu lebih 2 juta undian, ramai yang macam tak percaya Wany ungguli kategori ni.

Dengar cerita jugak ada yang macam tak puas hati dengan kemenangan Wany. Tapi dah rezeki dia kan? Tahniah Wany!

Wany Hasrita
sumber: twitter

Lobak Merah ucapkan tahniah kepada pemenang ABPBH semalam! Semoga artis yang terlibat terus sukses dalam bidang seni yang diceburi. 

Baca: “Setahun Baru Nak Bagitahu?” – Aisyah ‘Speechless’ Penaja Hadiah GV4 Putar Belit Janji Hadiah

Aisyah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.