in

Puteri Sarah Dijangka Failkan Penceraian Isnin Nanti

Ft Puteri Sarah Syamsul Yusof Mungkin Bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rentetan dengan isu kemelutan rumah tangga antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah yang kini tengah hangat, dilihat ia seperti bakal beralih ke fasa baharu dimana Kosmo! melaporkan bahawa Puteri Sarah dikatakan bakal memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah KL pada Isnin nanti.


 

Patutnya hari ini tapi Puteri Sarah ada urusan lain

Mengikut keterangan penguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kade, difahamkan sepatutnya permohonan untuk bercerai itu difailkan pada hari ini, namun ditangguhkan ke minggu depan kerana Puteri Sarah ada urusan yang tak dapat dielakkan.

1896007

Kata peguam itu lagi, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difaikan Isnin ini. Disoal sama ada ibu kepada dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 ini akan hadir atau tidak pada Isnin ini, Akberdin menyatakan bahawa Puteri Sarah pasti akan hadir.

Sebelum ini, tular pengakuan Syamsul mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya sudah bernikah dengan Ira Kazar, katanya dia sudah menikahi anak kepada pelakon veteran itu di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Baca : “We deserved better” – Tak Rela Dimadu, Puteri Sarah Tuntut Cerai

Ft Puteri Sarah Tuntut Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.