Bapa saudara Allahyarham Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat pada 16 Oktober lalu, seolah-olah berasa tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh seorang sweeper yang bertanggungjawab dalam ekspedisi pendakian itu.
Dalam hantaran yang dimuat naik di akaun TikToknya, Samad Saad mendakwa sweeper terbabit cuba memutarbelitkan cerita sebenar.
“Pusing cerita selagi boleh… kalau anak saudara aku turun mana mungkin boleh panjat balik kan?
“Dia tidur bawah berup kan? Dengan tak pakai kasut,” tulisnya.
Difahamkan, Samad memberi respon mengenai dakwaan sweeper yang mengatakan Allahyarham Mustaqqeem juga menuruni puncak Gunung Liang dengan melihat pergerakan lampu yang digunakan arwah.
Dalam laporan media, sweeper mengakui turun terlebih dahulu bagi meninjau laluan sambil menunggu arwah di laluan.
Dia juga mendakwa arwah mungkin naik semula ke puncak selepas beberapa meter turun dan tidak mampu berpatah balik kerana terlalu penat serta cedera di jari kaki.
Artikel berkaitan: ‘Sweeper’ Tak Berniat Berpisah Dengan Mustaqqeem, Akui Terlalu Penat & Alami Kecederaan Jari Kaki
Artikel berkaitan: “Kasut, beg hang dah cantik” – Netizen Sebak, Bapa Saudara Bersihkan Barangan ‘Hiking’ Arwah Mustaqqeem
“Nak tengok kondisi (keadaan) kasut, sini aku nak tunjuk dekat kau,” ujarnya lagi.
Samad juga mendakwa bahawa keluarga arwah masih belum mendapat jawapan memuaskan dan mahu penjelasan sebenar mengapa anak saudaranya dibiarkan seorang diri di kawasan gunung serta tidak segera meminta bantuan kepada pihak berkuasa.
Terdahulu, perkongsian Samad mengenai barangan peribadi milik anak saudaranya seperti kasut, beg dan pakaian mendaki yang siap dibersihkan dan dijemur di halaman rumah meruntun hati warganet.
Sumber: TikTok