in

Puluhan Ribu Penganut Syiah Iraq Ingkar Perintah Berkurung, Banjiri Makam Musa Al-Kadhim

Untitled Collage 65 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan COVID-19, hampir kebanyakan negara di seluruh dunia kini telah melaksanakan perintah berkurung, menyekat dan mengawal pergerakan rakyat masing-masing daripada berkeliaran dan terus menyebarkan virus berbahaya tersebut.


Seperti yang kita mungkin telah sedia maklum, sebelum ini terdapat warga Itali sendiri mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku — sehingga negara itu terpaksa bergelut untuk menamatkan ancaman COVID-19.

Puncanya, mereka degil dan tidak mengendahkan perintah kerajaan agar rakyat duduk di rumah masing-masing. Lalu, terjadilah malapetaka besar seperti apa yang kita lihat ketika ini — apabila angka kematian di negara itu melepasi angka kematian di China sendiri!

Bagaimanapun, ia tidak hanya berlaku di Itali. Di Iraq misalnya, Arab News melaporkan puluhan ribu penganut Syiah di negara itu dikatakan mengingkari perintah berkurung dan keluar berarak menuju ke makam Musa Al-Kadhim di tengah-tengah Baghdad.

Ia sempena memperingati ulangtahun kematian imam mereka.

2021631 891766405

2021636 1117530838

Bagaimanapun, kesemua mereka hanya berkumpul di luar dan pihak berkuasa tidak membenarkan mereka masuk ke dalam makam tersebut.

Upacara kali ini juga tidak disertai oleh warganegara Iran seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas Iraq bertindak menyekat sebarang perjalanan keluar masuk dari Iran bulan lalu — bimbang mengenai potensi kebanjiran rakyat negara itu yang mahu mengunjungi makam terbabit.

Ulama Syiah terkenal Iraq, Ayatollah Ali Sistani turut menggesa rakyat Iraq agar tidak menghadiri sebarang upacara keagamaan dalam jumlah yang ramai — namun ia tidak diendahkan.

Pihak berkuasa Iraq ketika ini masih berdepan kesukaran untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan di lebih separuh daripada keseluruhan 18 wilayah di negara itu, ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat kepada 214 kes.

 

Baca: Covid-19: Satelit Dakwa Berjaya Rakam Imej Kubur Besar-Besaran Di Iran?

Capture 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.