in

Covid-19: Satelit Dakwa Berjaya Rakam Imej Kubur Besar-Besaran Di Iran?

Untitled Collage 62 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anadolu Agency melaporkan, angka kematian akibat Covid-19 di Iran meningkat kepada 611 manakala Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan 12, 729 kes jangkitan setakat ini.


Berita Harian pula menyebut, semalam sahaja — negara itu merekodkan 97 kematian baru.

Dan ketika pihak pemerintah Iran sedang berusaha mencari jalan untuk menangani ancaman krisis kesihatan itu dalam kadar segera, The Washington Post mengeluarkan satu laporan lain.

Ia mengenai dakwaan rakaman imej satelit yang berjaya diperoleh, menunjukkan sebuah lokasi sebagai apa yang dipercayai merupakan sebuah tapak perkuburan besar-besaran, yang digali untuk menanam mayat korban Covid-19 di Iran.

Iraq Iran Irus2202 1582337530

Dalam laporannya, The Washington Post mendakwa — dua hari selepas Tehran mengumumkan kes jangkitan pertamanya, terdapat bukti menunjukkan berlakunya ‘aktiviti luar biasa’ di Behesht-e Masoumeh iaitu sebuah kawasan perkuburan  yang terletak berhampiran dengan Qom, lokasi kes jangkitan tersebut mula dikesan.

Melihat kepada imej yang berjaya dirakam satelit, difahamkan kerja-kerja mengorek tanah dikatakan mula dibuat pada 21 Februari lalu sebelum ia kelihatan semakin besar dan luas seiring dengan peningkatan bilangan jangkitan dan kematian di negara itu.

Q

W

E

Laporan ini sekali gus menimbulkan persoalan, adakah pemerintah Iran menyembunyikan angka rasmi kematian akibat Covid-19 di negara itu?

Melihat kepada perluasan secara mendadak kawasan perkuburan itu, ada yang mendakwa bahawa jumlah kematian sebenar adalah lebih tinggi daripada apa yang diumumkan Tehran sebelum ini.

Bagaimanapun, beberapa pengguna Twitter ada berkongsi satu rakaman video daripada pengurus tapak perkuburan itu yang menerangkan mengenai perkara sebenar.

 

Baca: “Ni lah bahaya berita palsu” – Percaya Fake News, 36 Warga Iran Mati Akibat Keracunan Alkohol Sebab Nak Elak Covid-19

Capture 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.