in

“Pulangkan dan kami akan refund”- IKEA Minta Pelanggan Henti Guna Produk HEROISK & TALRIKA Serta Merta

Ikea News 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang ada membeli cawan, mangkuk atau cawan dari set HEROISK dan TALRIKA dari IKEA, korang dinasihati berhenti menggunakannya serta merta dan boleh pulangkan produk tersebut dan pihak IKEA akan memberikan pulangan wang kepada korang.



187967508 4348410581877254 382231613393308861 N

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak IKEA petang semalam, produk berkenaan telah dipanggil balik oleh pihak IKEA atas faktor keselamatan oleh sebab menerima banyak laporan daripada pengguna produk berkenaan.

184900417 10159535593366979 1587938153760990654 N

Menurut kenyataan rasmi di laman web IKEA produk-produk dari set HEROISK dan TALRIKA tersebut berpotensi untuk pecah atau menyebabkan kesan melecur jika kandungan yang diletakkan adalah panas.

Dear IKEA fans, if you have bought the HEROISK or TALRIKA plates, bowls, and mugs, please read on:IKEA urges all…

Posted by IKEA on Monday, May 17, 2021

Walaupun pada awalnya tiada laporan rasmi diterima oleh pihak IKEA Malaysia, di posting pengumuman mereka di Facebook, ramai mengambil peluang untuk melaporkan masalah yang dihadapi oleh mereka berkenaan produk berkenaan. Difahamkan, ada produk yang didapati retak, pecah dan mengalami masalah-masalah lain.

Ikea 2 Ikea

Biarpun kesemua produk IKEA telah diuji dan dipastikan mencapai piawaian ketat, terdapat banyak aduan yang diterima.

Dalam masa yang sama, pelanggan yang telah membeli produk set ini seperti pinggan, mangkuk dan mug boleh memulangkan produk di mana-mana cawangan dan IKEA akan memulangkan semula duit korang.

Kalau ikut kenyataan media tu, tak kiralah dah guna ke, ada kekotoran ke, dah retak ke, masih korang akan dapat refund. Tak ada resit pembelian pun tak apa.

Sumber : IKEA

Baca :7 Helah Licik IKEA Yang Buat Anda Sanggup Berbelanja Lebih Tanpa Disedari

Image 2021 05 19 165102

Sumber: IKEA
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.