Seringkali kita dengar masalah perkauman yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita, namun kita selalu lupa setiap yang buruk pasti ada baiknya.
Macam kisah remaja ini yang dikongsikan di Twitternya membuat kita bersyukur hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitternya, @danishdylonn berkongsi kisahnya yang dibantu oleh individu tidak dikenali di lebuhraya dari Tapah ke Ipoh.
Kejadian yang berlaku Isnin lalu dikatakan berpunca daripada keadaan tayar belakang motornya yang pecah berhampiran Tol Gopeng.
Sungguhpun sudah berusaha untuk meminta bantuan daripada pasukan kecemasan lebuhraya, namun sedikit mengecewakan apabila mereka menyarankan remaja itu untuk menolak motornya hingga ke Tol Gopeng kerana ketiadaan peralatan untuk membantu remaja tersebut.
“Tolak sejauh 10KM”
Disebabkan tidak mempunyai pilihan, remaja tersebut akur dengan cadangan itu dan menolak motornya sejauh 10 kilometer sebelum tiba di Tol Gopeng dan terus menuju ke bengkel yang terletak 2 kilometer dari plaza tol tersebut lapor Sinar Harian.
Tapi siapa sangka, dia tiba-tiba didatangi oleh individu yang tidak dikenali dan menghulurkan bantuan kepadanya.
“Bagaimanapun, sedang saya menolak motosikal, tiba-tiba sebuah lori tanpa muatan berhenti di hadapan saya sebelum seorang lelaki berbangsa India keluar untuk membantu,”
Walaupun pada mulanya remaja itu enggan menyusahkan lelaki tersebut, namum keikhlasan lelaki membuatkannya menerima bantuan tersebut.
“Saya ingin memberi sedikit wang bagi menghargai bantuan diberikan tetapi lelaki yang saya dipanggil ‘uncle’ itu enggan menerimanya. Sebaliknya dia menolong kerana melihat kesusahan saya menolak motosikal yang rosak.
“Dia cakap, dia nampak saya dalam kesusahan jadi dia tolong saya dan bukannya atas sebab duit. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana bantu saya ketika susah dan pastinya peristiwa ini saya akan ingat sampai bila-bila,”
Dah la susah-payah angkat motor naik atas lori, Uncle tu tak harapkan bayaran langsung
Ciapaan remaja itu mendapat perhatian netizen yang terharu dengan segala kebaikan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
“Terbaiklah uncle”
“Moga uncle jadi contoh kepada orang lain”
Masih ada sebenarnya dalam dunia ni, kalau kita tak jumpa orang baik, apa kita pula cuba jadi orang tu…
Baca : Pernah Gemparkan Jepun Pada 2017, The Twitter Killer Takahiro Shiraishi Berdepan Hukuman Mati