in

Pernah Gemparkan Jepun Pada 2017, ‘The Twitter Killer’ Takahiro Shiraishi Berdepan Hukuman Mati

Ft Twitter Killer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2017, Jepun pernah digemparkan dengan siri pembunuhan kejam yang dilakukan seorang pemuda berusia 27 tahun sehingga dia mendapat gelaran ‘The Twitter Killer‘.


Ini kerana laman sesawang itu yang digunakan suspek untuk ‘memburu’ mangsa.

Suspek membunuh mangsa dengan mencekik mereka. Mayatnya kemudian dicincang dan disimpan dalam peti sejuk. Bahagian lebihan pula dibuang ke tong sampah dengan meletakkan sekali najis sebagai ‘cover’ bau mayat membusuk.

Berikut adalah senarai mangsa.

Tk

 

Saya minta maaf ambil nyawa dengan begitu mudah – Twitter Killer

Terkini dari CNN, tertuduh telah dijatuhkan hukuman mati dalam perbicaraan terakhir semalam. Hal ini disahkan sendiri oleh Tokyo District Court cawangan Tachikawa.

Takahiro Shiraishi, kini 30 tahun, disabitkan kesalahan membunuh, merogol, mengerat dan menyimpan kesemua sembilan mayat mangsa di apartmentnya Zama, Kanigawa.

Tk2

 

Japan Times melaporkan, tertuduh menyesal dengan tindakannya dan tak akan memfailkan rayuan mengenai hukuman yang dihadapinya.

Saya dengan rendah hati akui kesalahan saya dan akan menerima hukuman ini.

Saya juga ingin minta maaf kerana begitu mudah mengambil nyawa.

Di kesempatan itu juga, dia turut meminta maaf kepada keluarga mangsa-mangsa yang katanya dia juga meluangkan masa yang ‘agak lama’ dengan mereka sebelum lakukan pembunuhan.

Boleh baca kisah penuhnya di link bawah.

 

Baca : Mengerikan! Lelaki Cincang dan Simpan Mayat Dalam Peti Ais Selepas Diperdaya Melalui Twitter

Tk3

Sumber: kyodonews
Sumber: thesunUK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.