Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Proton hari ini (12 Mei) telah melancarkan Proton Saga 2022 yang terbaharu dalam satu upacara yang turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi Proton.
Difahamkan, kali terakhir Proton melancarkan kereta baharu adalan pada tahun 2020 dan penampilan Proton Saga 2022 ini kelihatan membawakan pelbagai pembaharuan selain kelihatan lebih ‘segar’ berbanding model sebelum ini.
Tampil dengan 4 varian iaitu Proton Saga 1.3 Standard MT, Proton Saga 1.3 Standard AT, Proton Saga 1.3 Premium AT dan buat pertama kalinya hadir dengan varian ‘premium’ iaitu Proton Saga 1.3 Premium S AT yang bakal dijual dengan tanda harga RM44,300.
Difahamkan, Proton Saga 2022 ini akan menjadi versi facelift terakhir bagi Proton Saga generasi ketiga yang diberi kod nama P2-13A dengan varian ‘standard’ bakal dipasarkan dengan harga RM34,400.
Tiada perubahan dilakukan pada bahagian enjin dimana Proton mengekalkan enjin 4-silinder 1.3 liter NA petrol dan turut dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) yang bersumber dari Hyundai.
Menerusi video Tiktok yang dimuatnaik oleh Careta yang menunjukkan varian Premium S AT, ia dilengkapi dengan pelbagai penambahan yang nampak ranggi seperti kemasan garisan merah pada bahagian grill hadapan, bahagian keliling aircond dan lain-lain.
Lebih menarik, logo berbentuk perisai turut ditukarkan menjadi bulat seperti yang ada pada model X50 dan X70 selain ia turut dilengkapi dengan bodykit lengkap di bahagian hadapan dan sisi selain saiz rim yang ditambah menjadi 15 inci.
Korang rasa macam mana dengan ‘facelift’ terbaharu ni? Cuba komen sikit…
Baca : [VIDEO] Kereta Raya Sempat Guna Seminggu Je, Sebelum ‘Total Lost’ Sebab Kemalangan