in

[VIDEO] Kereta Raya Sempat Guna Seminggu Je, Sebelum ‘Total Lost’ Sebab Kemalangan

Kereta Baru Beli Total Lost Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak di antara korang yang beli kereta dan sempat dapat sebelum raya? Mesti best kan dapat beraya dengan kereta baru tahun ni. Dapat jugalah bawa mak ayah jalan-jalan guna kereta baru.


Namun baru-baru ini tular di TikTok menerusi perkongsian @eyemonth.takisa berkenaan kisah sedih adiknya yang mengalami kemalangan.

Meskipun adiknya tidak apa-apa, namun apa yang menyedihkan adalah kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut baru saja sempat dipakai seminggu. Allahu… 

 

“Kemain happy dapat kereta yang dah lama impikan, dapat pulak sebelum Raya” 

Menurut video tersebut, adik lelakinya baru saja membeli sebuah kereta yang dah lama dia idamkan dan kereta itu pula dia sempat dapat sebelum raya.

Kereta itu katanya dibeli dengan duit hasil titik peluh adiknya yang menabung duit gaji. Pun begitu, kegembiraan adiknya itu tidak berlanjutan apabila kereta itu terlibat dalam kemalangan dan mengalami ‘total lost’.

@eyemonth.takisa

KISAH SEDIH ADIK AKU ? NIKMAT YANG SEMENTARA #keretaraya2022 #kereta #vios #toyotavios #toyotalaysia @toyotamalaysiaofficial @contchuck

♬ Astaghfirullah Robbal Baroya – SHOLAWAT MUSIC PRO

Kereta itu katanya baru sempat dipakai seminggu dan parents mereka dapat merasa pakai kereta baru itu selama 2 minggu.

Tabah la ye. Allah tarik nikmat sementara sebab nak kasi rezeki yang lebih luas. InsyaAllah Amin,” tulisnya di akhir video.

 

“Begitulah kehidupan, benda yang kita paling sayanglah akan diuji” 

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata sangat bersimpati dengan nasib pemilik kereta tersebut.

Ramai yang memberi nasihat dan tak kurang juga berkongsi pengalaman yang sama apabila kereta yang baru dibeli ditimpa kemalangan.

Ujian

Harap pemilik kereta tabah ye. InsyaAllah ada hikmah di sebalik ujian. 

Baca: “KA pun pakai Bezza tau” – Ramai Kongsi Story Selalu Kena ‘Judge’ Sebab Pakai Kereta Murah

Ka 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.