in

Program ‘Running Man’ Terima Kecaman Hebat Gara-Gara Permainan Dikatakan Ganas & Bahaya

Runningman Kena Kecam

Program hiburan terkenal Korea, Running Man sekali lagi dikecam hebat oleh para peminat rancangan variety berkenaan gara-gara pemilihan permainan yang diketengahkan pada episod terbaru rancangan hiburan tersebut.

Memasuki tahun ke-11 penyiarannya, rancangan tersebut tidak dinafikan mempunyai peminat seluruh pelusuk dunia.

Namun begitu, rancangan yang memerlukan barisan peserta tetap dan jemputan untuk bersaing antara satu sama lain ini sekali lagi menerima kecaman hebat kerana pemilihan permainan yang kurang sesuai selain layanan yang diberikan kepada peserta yang dikatakan agak keterlaluan.

Running Man2

Pada episod terbaru, salah satu permainan yang diadakan memerlukan mereka perlu meletakkan sejenis serbuk berwarna biru dan putih pada muka lawan menggunakan tuala. Difahamkan, serbuk berkenaan adalah tepung yang telah diwarnakan dengan warna biru.

Kalau nak ikutkan, permainan tersebut hanyalah permainan ‘menepek’ tepung pada muka yang biasa dimainkan, namun mungkin kerana jarak terlalu dekat dan kelajuan permainan tersebut, permainan itu kelihatan agak berbahaya dan ‘ganas’ dimata penonton.

Runningman 3

Menurut Koreaboo, disebabkan pergerakan kesemua pemain adalah pantas, secara tak langsung ia menyebabkan muka lawan mereka di ‘tampar’ dalam keadaan yang kuat.

Warganet Korea memberikan satu contoh yang membuat mereka ‘sakit mata’ melihat permainan tersebut adalah apabila Kim Jong Kook yang terkenal dengan kekuatannya melawan pelawak jemputan Jung Jun Ha.

“Macam kuat je dia kena dengan Jong Kook tu” 

Jun Ha kelihatan seolah-olah ditumbuk oleh Jong Kook dek kerana kekuatan dan kepantasan penyanyi tersebut. Walaupun ramai mengatakan reaksi Jun Ha sengaja dibuat berlebihan untuk menghiburkan penonton, ramai yang perasan matanya berair selepas bermain permainan tersebut.

Selain Jun Ha, peminat turut menyatakan kerisauan mereka kepada Jeon So Min yang turut berdepan dengan kekuatan Jong Kook, walaupun cuba ‘menutup’ kesakitan dengan gelak tawa dan senyuman, ramai mengecam tidakan pihak produksi sambil ada yang mengatakan tidak sanggup untuk menonton episod berkenaan.

Kru produksi Running Man difahamkan dikritik hebat kerana pemilihan yang mereka lakukan terutamanya dalam permainan serta dikatakan turut berkemungkinan tidak mengambil kira bagaimana permainan itu boleh menjejaskan pelakon.

Ada yang mengatakan bahawa kru sepatutnya memastikan pad tidak akan mendatangkan sebarang bahaya fizikal selain ramai yang risau bahawa permainan tersebut turut ditiru oleh anak-anak yang menonton rancangan berkenaan. 

Kalau nak diikutkan, ini bukan kali pertama rancangan Running Man dikecam gara-gara keterlaluan. Tahun lepas, rancangan ini turut dikritik hebat kerana permainan yang teruk selain layanan yang buruk diberikan kepada tetamu mahupun ‘peserta’ asal rancangan tersebut. 

Baca : Betulkan Rambut Ji Hyo Dalam RunningMan, Ramai Peminat Mahu ‘Spartace’ Bersama?

Cover 23

 

Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo