Siapa je yang tak kenal Khairul Aming, selebriti masakan media sosial Malaysia. Khairul terkenal menerusi video resepi kreatif yang dikongsi di media sosial sehingga mendapat jumlah like dan share yang banyak.
Dia kini telah menjalankan perniagaan dengan menjual produknya sendiri secara atas talian yang diberi nama ‘Sambal Nyet’. Produk tersebut mendapat permintaan yang ramai oleh peminat-peminatnya sehinggakan dia terpaksa restock produk itu setiap hari secara berperingkat. Min tak try lagi Sambal Nyet…
Apa yang mengejutkan lagi, semalam menerusi perkongsian @AmeeraLiana, dia telah memuat naik dua gambarnya bersama Sambal Nyet di akaun Twitter miliknya. Gambar tersebut menunjukkan Ameera yang berada di Edinburgh memegang Sambal Nyet yang dibelinya.
https://twitter.com/AmeeraLiana/status/1427236576338354176
“Jauh juga sambal tu merantau”
Ameera Liana Kamal atau Ameera merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Edinburgh dalam jurusan Elektronik dan kejuruteraan elektrikal. Dia telah belajar di sana selama 3 tahun tapi telah pulang ke Malaysia pada 1 Jun dan kembali ke Edinburgh pada 1 Ogos yang lalu.
Dalam temubual secara maya bersama Ameera, dia berkata Sambal Nyet itu dibeli di Malaysia dan dibawa pulang dua bekas sambal itu ke Edinburgh. Sambal Nyet itu dibawanya di dalam luggage dan dibalut dengan bubble wrap supaya tidak pecah. Patut la cantik je sambal tu
“Khairul Aming pun nampak”
Terlihat posting tersebut, Khairul Aming sempat memberi komen yang dia terkejut kerana produknya sudah sampai luar negara.
terkurung dalam rumah sambil tengok sambal aku dah jauh merantau ? https://t.co/d3wxS0leph
— Khairulaming (@khairulaming) August 16, 2021
Gambar yang berlatar belakangkan Universiti Edinburgh itu telah mendapat 5 ribu jumlah likes di Twitter milik Ameera. Ramai yang kagum dengan Ameera kerana dia tidak lupa asal usulnya kerana selera melayunya tidak pudar walaupun sudah menetap di sana hampir 3 tahun.
Min doakan agar Ameera sentiasa sihat dan berjaya dalam pelajaran. Aamiin…