in

Prank Campak Kek Ke Muka Wanita, Tindakan TikToker Ini Undang Kecaman Warganet

F4 Pbnmtt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah nak menempa nama dalam bidang content creation atau kandungan media sosial sebab korang kena sentiasa kreatif dalam pembikinan video. Barulah orang rasa nak tengok video korang kan. 


Namun, kesusahan tersebut bukanlah tiket yang membenarkan koang untuk buat content prank yang tak sensitif atau menyusahkan serta menyakitkan orang lain.

Hari ini, tular di platform media sosial Twitter tentang seorang TikToker yang buat content prank mencampak kek pada wajah seorang wanita.

Dalam video terbabit, boleh dilihat TikToker tersebut sedang memegang sebiji kek yang kemudiannya akan dicampak pada muka seorang pengunjung di taman tempatnya berada.

TikToker terbabit juga telah menjadikan wanita yang sedang menolak seorang lelaki yang dipercayai anaknya yang OKU itu sebagai sasaran dari jauh.

16

Pada penghujung video berkenaan, TikToker itu kemudiannya telah meminta maaf kerana telah mencampak kek tersebut pada muka wanita itu sehingga tudungnya kotor.

Wanita terbabit itu juga dilihat telah memaafkan prank TikToker tersebut kerana menganggapnya ujian.

Prank yang dibuat oleh TikToker ini sudah tentu telah mencetus kemarahan netizen di Twitter kerana berpendapat content tersebut terlalu keterlaluan.

13

Namun, ada juga warganet yang berpendapat bahawa mungkin juga wanita yang menjadi mangsa prank tersebut telah berpakat dengan TikToker itu untuk menghasilkan video prank seumpama itu.

12

14

Walau bagaimanapun, ada netizen lain yang mendedahkan bahawa jumlah pengikut TikToker tersebut di TikTok telah sedikit menurun selepas perkongsian video prank ini.

Tak salah pun nak buat content atau nak jadi content creator, cuma janganlah sanggup buat benda-benda pelik dan kurang cerdik semata-mata nak jadi famous. 

Baca: YouTuber Dikutuk Tak Ada Adab Buat Content Prank Tarik Tudung Perempuan 

11 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.