in

YouTuber Dikutuk Tak Ada Adab Buat Content Prank Tarik Tudung Perempuan

Ft Tarik Tudung Buat Content

Tidak dinafikan, ramai yang begitu kreatif dalam membuat kandungan media sosial untuk tatapan umum, memang seronok bila apa yang kita buat itu dapat sambutan hangat penonton, tapi janganlah sampai hilang sensitiviti.

Kini, ramai netizen di Twitter sedang bengang dengan seorang YouTuber ini dengan content yang dia buat sehingga netizen anggap ia sebagai satu harrasment.

 

Tarik tudung perempuan

Dalam video berdurasi 4 minit 2 saat tersebut, YouTuber itu menjelaskan bahawa dirinya dah banyak kali dikecam. Katanya ia ditujukan khas buat netizen yang mengecam dirinya sebelum ini.

Lelaki itu kemudiannya cuba menarik tudung wanita yang berada di tempat awam, dia senyap-senyap ke arah wanita tersebut sebelum menarik tudungnya.

Setelah melakukan perbuatan itu dia hanya menjelaskan bahawa dia hanya buat content untuk saluran YouTube.

Screenshot 2022 07 04 172118

Melihat reaksi kedua-dua mangsanya, dilihat mangsa pertama seperti marah dan mangsa kedua memberi nasihat agar tidak melakukan perkara itu sewang-wenangnya namun memaafkan lelaki tersebut.

Screenshot 2022 07 04 174944

Lelaki ini turut menyatakan yang dia akan ‘hulurkan’ sesuatu di belakang kamera bagi menebus perbuatannya itu.

Screenshot 2022 07 04 172154

Di pengakhiran video itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia tidak kisah dirinya dikecam.

“Korang nak kecam, kecam aku tak kisah.”

Tonton video disini

 

Buat content tu memang lesen jadi biadap ke? – Netizen

Dalam masa 2 jam dikongsikan semula di Twitter, video ini telah meraih lebih daripada 1,800 jumlah retweets, dan rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki ini dan labelkan ia sebagai satu perbuatan yang biadap.

Bagi mereka, buat content ini bukanlah satu lesen untuk jadi biadap, malah ada yang berpakat untuk report saluran ini.

Tarik Tudung Buat Content Tarik Tudung Buat Content 2 Tarik Tudung Buat Content 3 Tarik Tudung Buat Content 4 Tarik Tudung Buat Content 5 Tarik Tudung Buat Content 6 Tarik Tudung Buat Content 7

Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan bahawa ia sudah dirancang. Apapun, harap ianya tidaklah menjadi ikutan, mungkin lelaki ini ada maksud tersirat sebab kenapa dia buat macam ni?

Baca : Netizen Puji Tindakan Pantas Pesilat Malaysia ‘Cover’ Aurat Lawan Lepas Tak Sengaja Tarik Tudung

2Silat