Kes pembunuhan kejam melibatkan rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali yang ditembak sebanyak 18 kali di sebuah rumah yang terletak di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu nyata mengejutkan ramai.
Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat, suspek disahkan seorang bekas pemain import Kelantan FA.
Suspek yang juga mempunyai dua kerakyatan telah pun menyerah diri bersama pistol yang digunakan untuk menembak mangsa di Balai Polis Sungai Golok pada Ahad lalu.
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Suspek Kes Temb*kan Di Golok
Artikel berkaitan: “Saya hanya mampu peluk suami” – Isteri Dedah Detik Ngeri Lihat Suami Sendiri Ditemb*k 18 Kali

Dendam lama jadi punca
Terbaharu, pihak berkuasa Thailand tidak menolak kemungkinan kejadian baru-baru ini disebabkan dendam lama suspek sehingga dia nekad bertindak sedemikian, lapor Kosmo!
Menurut jurucakap polis, siasatan lanjut masih dijalankan selepas suspek utama telah berjaya diberkas.
“Kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut siasatan. Siapa yang hutang siapa masih dalam siasatan. Tetapi kes ini ada kaitan dengan hutang.
“Suspek ditahan reman 80 hari untuk membantu siasatan. Dia kini masih ditahan di Balai Polis Sungai Golok sebelum dihantar ke Penjara Pusat Narathiwat untuk tahanan reman,” katanya.
Suspek pernah terima 120 jahitan akibat ditetak
Menerusi laporan berasingan, sumber dari Thailand mendedahkan suspek pernah menerima 120 jahitan di tangan termasuk 20 jahitan di kepala akibat ditetak sehingga terpaksa dirawat di ICU Hospital Golok selama sebulan.

Menurut sumber terbabit, hasil siasatan mendapati insiden tersebut berlaku kira-kira empat bulan lalu.
“Setakat ini kita masih melakukan siasatan sama ada dendam lama ini (suspek parah ditetak) menjadi punca dia nekad (membalas dendam).
“Kejadian (tetak) tersebut dikatakan berpunca ketika suspek menuntut hutangnya,” katanya.
Sumber: Kosmo!
