in

Nurul Izzah Tinggalkan PESANAN PENTING Buat Bapa Tersayang, Anwar Ibrahim

Anwar Izaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas ahli Parlimen Pematang Pauh, Nurul Izzah mengingatkan bapanya terhadap cabaran-cabaran yang bakal dipikul oleh beliau sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM10).


Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut berbuat demikian melalui satu posting di Facebook mengatakan bahawa dugaan bukan sahaja hadir ketika berhadapan dengan kekalahan, tetapi juga semasa memperoleh kemenangan.

Dalam status berkenaan, Nurul Izzah juga berpesan supaya ayahnya itu agar terus berpegang pada garis batas perjuangan selain menuntut keadilan sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua, bukannya untuk diri sendiri yang menjadi pengangan mereka sejak tahun 1998 lagi.

Selain itu, Nurul Izzah turut berpesan bahawa salah satu cabaran yang akan menyusul kepada Anwar Ibrahim sejurus mengangkat sumpah nanti adalah untuk menyatupadukan teman-teman senegara disamping meneliti masalah ekonomi yang membelenggu negara ini.

Dalam masa yang sama, Izzah turut mengingatkan bapanya supaya kembalikan semula kepercayaan para pelabur asing menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

“I love you, Papa ❤️ Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience”

Nurul Izzah juga menyatakan betapa bangganya beliau terhadap bapanya tersebut walaupun Anwar terpenjara disebabkan prinsip menerusi hantaran di Facebook tersebut.

Beliau turut menambah bahawa legasi yang bakal ditinggalkan oleh sesebuah pentadbiran untuk generasi masa hadapan bukannya harta, pangkat ataupun wang ringgit, tetapi idealisme serta prinsip perjuangan yang tiada galang ganti.

Anwar Ibrahim Komen Izzah

Meneliti ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Izzah serta Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berharap dan ingin melihat Nurul Izzah yang tewas dalam PRU baru-baru ini dilantik sebagai senator di Dewan Negara nanti.

Baca : SAH! Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM ke-10 Malaysia

Anwar Ibrahim Pm 10

Sumber: Nurul Izzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.