Pihak polis mengesahkan bahawa tiada sebarang kertas siasatan dibuka setakat ini berhubung dakwaan penipuan jutaan ringgit yang dilaporkan oleh usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa semua laporan yang dikemukakan oleh usahawan berusia 31 tahun itu telah dikategorikan sebagai ‘Rujuk Agensi Lain’ (ROA).
Artikel berkaitan: “Taktik sambung bayar tanpa pengetahuan pemilik kereta” – Safiey Illias Rugi RM38 Juta Ditipu Datuk Seri
Artikel berkaitan: “Dia antara insan yang ingat, call saya” – Safiey Illias Minta Netizen Stop Kacau Fathia Latiff
“Setakat ini kami menerima sembilan laporan yang dibuat oleh penama berkenaan tetapi tiada kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai ROA,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Safiey mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian besar mencecah RM38 juta.
Dakwanya, kerugian tersebut berpunca daripada tindakan seorang penjual kenderaan mewah bersama isterinya, selain penglibatan seorang individu bergelar Datuk Seri yang memiliki beberapa rangkaian syarikat serta panel insurans.
Menurut Safiey, dalang utama tersebut pada asalnya bertindak sebagai ejen untuk urusan jual beli kenderaan miliknya dan bapanya, termasuk kereta jenis Toyota Alphard, Mini Cooper, John Cooper Work, serta Mercedes C200. Selain itu, individu tersebut turut diamanahkan untuk menguruskan beberapa aset syarikat.
Usahawan itu mendakwa lelaki berkenaan telah menyalahgunakan kawalan terhadap harta serta dana yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi dengan mengagihkan wang tersebut ke dalam beberapa akaun berbeza.
Sumber: Harian Metro
