in

Polis Minta Henti Spekulasi Lepas Kecoh Kes Ejen Mossad Culik Warga Palestin

collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, New Straits Times telah melaporkan bahawa agensi risikan Mossad telah merekrut warga tempatan bagi membantu Zionis mencari kumpulan perjuangan Hamas di Malaysia.

Mangsa yang merupakan seorang warga Palestin didakwa telah diculik dalam satu operasi pada 28 September lalu namun berjaya diselamatkan ekoran tindakan pantas pihak polis.


Mangsa yang merupakan seorang pakar pengaturcaraan komputer ini dikatakan telah disoal siasat mengenai organisasi Hamas serta dipukul dan diikat di kerusi ketika dibawa lari.

Seorang lagi lelaki warga Palestin yang bersama dengan mangsa ketika operasi penculikan tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi selepas insiden tersebut.

Selepas lebih kurang 24 jam, pihak polis berjaya menyelamatkan mangsa di sebuah bilik di satu chalet. Difahamkan, ketika polis menyerbu tempat tersebut, soal siasat ke atas mangsa sedang dijalankan.

Mangsa yang mengalami kecederaan di badan, kepala dan kaki ini dilaporkan trauma dan telah pun pulang ke Palestin.

Laporan media ganggu siasatan polis

Bagaimanapun, sebentar tadi Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim mengatakan, pihaknya masih belum mengenal pasti mana-mana agensi yang terlibat dalam penculikan lelaki warga Palestin tersebut.

Bukan itu sahaja, menurutnya laporan pendedahan yang dibuat oleh media semalam mengaitkan penculikan tersebut dengan agensi perisikan Mossad juga turut mengganggu siasatan yang sedang dijalankan, lapor FMT.

Siasatan masih dijalankan. Kita tak boleh nak sahkan ada agensi asing yang terlibat. Spekulasi yang dibuat ini telah mengganggu siasatan kami.

Kami tak tahu macam mana dakwaan ini boleh dibuat dan di mana (media tersebut) dapat (maklumat).”

Selain itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani 11 individu yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur merupakan suspek penculikan lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat perisian untuk menggodam telefon bimbit.

Acryl Sani turut meminta orang ramai untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau mengelirukan masyarakat.

Terbaru, NST melaporkan editor mereka Farrah Naz Karim telah dipanggil oleh pihak polis berhubung beberapa siri artikel yang mendedahkan penglibatan Mossad dengan penculikan warga Palestin tersebut.

Kita tunggu je laporan lanjut dari pihak polis…

 

Baca: Wanita Malaysia Jadi Ejen Mossad, Terlibat Dalam Penculikan Warga Palestin Di Malaysia

Screenshot 2022 10 19 at 1.43.35 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.