Mossad merupakan agensi perisikan Israel yang bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya iaitu negara-negara Arab.
Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.
Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membongkar satu jaringan perisikan Israel tersebut di negara ini.
Kes tersebut terbongkar selepas 2 orang rakyat Malaysia termasuk seorang wanita telah ditahan kerana terlibat dalam satu kes penculikan melibatkan warga Palestin pada akhir September lalu.
Sebelas individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
📹 Diana Barka | Bernama pic.twitter.com/VlECq54rHn
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 14, 2022
Menurut laporan New Straits Times, difahamkan wanita itu dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut oleh ejen Mossad, sejurus sebelum tahun 2018. Di mana ia merupakan tahun yang sama ejen Mossad menembak mati Fadi Mohamed al-Batsh yang merupakan seorang profesor Palestin dan ahli Hamas.
Wanita Malaysia itu kemudiannya dihantar menjalani latihan di luar negara termasuk di Eropah untuk menguasai teknik pengintipan.
Selain itu, dia juga turut dibayar sebanyak RM 120,000 untuk menculik seorang warga Palestin di Kuala Lumpur yang dipercayai pakar program komputer kepda Briged Izzuddin Al Qassam.
Dalam kes penculikan tersebut, wanita itu dipercayai menubuhkan pasukan pengawasan untuk mengekori dua warga Palestin dan dipercayai bahawa dia berada dalam penahan Israel dengan bayaran €2,000 (RM 9,300) sebulan.
Malah, dia juga dikatakan mempunyai beberapa lelaki tempatan bekerja untuknya dan PDRM telah berjaya menyelamatkan warga Palestin tersebut.
Baca: Pesawat Awam Israel Kini Dibenarkan Mendarat Dan Melintasi Ruang Udara Arab Saudi