in

“Polis masih akan siasat walau dah minta maaf” – Pihak Terlibat Dalam ‘Photoshoot Kubur’ Boleh Masuk Penjara

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pemilik butik pengantin yang viral kerana buat penggambaran di sebuah perkuburan Kristian telah pun memuatnaik video permohonan maafnya secara terbuka. Namun, kisahnya tak terhenti di situ…


Menurut mStar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asistan Komisioner Md Yusof Ahmad mengatakan, pihak yang terlibat boleh dikenakan penjara setahun, denda atau kedua-duanya sekali tau!

Pun begitu, setakat ini pihak polis belum lagi menahan mana-mana pihak yang terlibat. Mereka hanya dipanggil untuk memberi keterangan sahaja.

Facebook6 2

Walaupun pemilik butik pengantin telah membuat pemintaan maaf secara terbuka mengenai perkara itu, polis masih akan terus menyiasat kes itu.”

Md Yusof juga berkata, walaupun pemilik butik itu memberikan alasan yang dia hanya nak buat sesuatu yang “luar biasa”, tindakan mereka menceroboh tanah perkuburan agama lain telah menjadi isu sensitif.

Jadi, indivdu yang merekod video dan kongsi kandungan yang menyinggung di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 bakal berdepan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali.

Instalive4

Manakala Paderi Gereja St. Louis Kluang, Monsignor Peter Ng pula berkata, pihaknya merancang untuk meningkatkan keselamatan di kubur Katolik di Jalan Rambutan itu.

Menurut paderi ini, mereka sedar dengan aktiviti yang dilakukan di tanah perkuburan itu dan telah pun menasihatkan mereka untuk tak terbitkan gambar-gambar tersebut di atas talian. Wanita itu telah pun memohon maaf dan beredar tak lama kemudian.

Malangnya, nasihat ini nampaknya tak diendahkan. Namun paderi itu berkata, mereka telah pun memaafkan pihak yang terlibat ekoran penularan gambar tersebut.

Kalau dia ikut nasihat awal-awal, tak adalah jadi macam ni…

 

Baca: “Gambar tu bukan untuk marketing” – Pemilik Butik Pengantin Mengaku Salah Upload Gambar Photoshoot Kubur Di Media Sosial

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.