Tindakan Kerajaan Provinsi Kalimantan Tengah, Indonesia mengadakan upacara perasmian pelepasan pasukan keselamatan bagi menangani kebakaran hutan dan tanah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi video tular di media sosial, acara tersebut dipimpin Gabenor Kalimantan Tengah, Agustiar Sabran yang dilihat sedang mengibarkan bendera sebagai tanda pasukan keselamatan sudah bersedia untuk menjalankan operasi.
@indonesiancore Tim pemadam bersiap menuju lokasi karhutla. Sebelum diberangkatkan, dilakukan seremoni pelepasan tim yang akan bertugas menangani kebakaran hutan dan lahan Tim kemudian bergerak menuju lokasi untuk melakukan upaya pemadaman dan penanganan api.
Netizen bagaimanapun mempersoalkan tindakan tersebut kerana kebakaran dikatakan sudah merebak dan perlu segera dipadamkan.
Malah, netizen juga menganggap perasmian berkenaan terlalu bersifat upacara sedangkan kebakaran yang berlaku semakin memburuk.

Artikel berkaitan: “Hampir satu pulau” – Viral Video Jerebu Teruk Di Kalimantan, Kuching & Serian Antara Terjejas
Artikel berkaitan: Kebakaran Jejas 107,000 Hektar Kawasan Hutan, Indonesia Dakwa Tiada Negara Jiran Lapor Terjejas Jerebu
Memetik laporan Berita Kota, Agustia menzahirkan penghargaan terhadap komitmen pihak berkuasa serta kakitangan kerajaan yang turun padang membantu menangani kebakaran.
Menurutnya, situasi yang berlaku ketika ini bukan masa untuk saling menuding jari atau berdebat mengenai pihak yang patut dipersalahkan.
“Api tidak akan padam dengan tuduhan dan asap tidak akan hilang dengan perdebatan, sebaliknya ia memerlukan semangat kerjasama dan gotong-royong,” katanya.
Ketika ini, Indonesia masih lagi berdepan kejadian kebakaran hutan dan tanah di beberapa bahagian Kalimantan.
Kebakaran yang tercetus turut memberi kesan terhadap kesihatan awam yang mana hampir 5.5 juta penduduk tinggal di kawasan terjejas.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Prof Dante Saksono Harbuwono, kesan kesihatan akibat jerebu pada tahun ini adalah lebih besar berbanding tahun lepas.
Sumber: Berita Kota, TikTok
