in

Polis Cari Lelaki Berpaut Di Bahagian Belakang Treler Di Lebuh Raya

Treler

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis kini sedang giat mencari seorang individu yang berpaut di bahagian belakang lori treler yang sedang bergerak di lebuh raya baru-baru ini.

Tindakan bahaya lelaki tersebut telah sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain sebelum video terbabit dikongsikan di media sosial dan menjadi tular di pelbagai platform.


1 5

Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua yang menghala ke Senai.

Kejadian berkenaan telah berlaku pada 10 pagi Khamis lalu.

Dalam video terbabit, dapat dilihat seorang lelaki yang menggalas beg sandang sedang berpaut di belakang treler yang sedang bergerak.

Artikel Berkaitan: “Hati dah berdebar” – Doktor Kongsi Pengalaman ‘Deliver’ Bayi Dalam Lori Tepi ‘Highway’

Artikel Berkaitan: Dua Nyawa Terkorban, Pemandu Treler Nahas Putrajaya Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu lori treler berkenaan pula telah hadir ke balai polis untuk disiasat. Ketika disoal siasat, pemandu treler tersebut mendakwa bahawa dia tidak mengetahui tentang kehadiran lelaki terbabit di bahagian belakang treler yang dipandunya ketika sedang memandu.

Sebaliknya, dia mengatakan hanya menyedari bahawa ada lelaki yang ‘menumpang’ di belakang lorinya itu setelah ada rakannya yang berkongsikan video yang tular itu kepadanya.

Difahamkan, kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Jadi, jika anda mempunyai maklumat tentang kejadian, boleh hubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.