in

Pogo The Clown: 12 Lukisan Pembunuh Bersiri Ini Boleh Buat Korang Tak Tidur Malam!

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembunuh bersiri terkenal, John Wayne Gacy atau lebih dikenali sebagai Pogo The Clown telah pun dihukum bunuh 27 tahun yang lalu. Tapi, sehingga hari ini, lukisan-lukisannya telah menarik tumpuan pengumpul seni hingga hari ini tau!


Untuk pengetahuan korang, John telah didapati bersalah membunuh 33 lelaki muda dan kanak-kanak lelaki pada tahun 1970-an. Tambah mengerikan, pembunuh bersiri ini telah sumbatkan kesemua mangsa-mangsanya ini di bawah rumahnya.

Selepas dia ditahan, dia telah dijatuhkan hukuman mati dan pada 10 Mei 1994 dia telah dihukum mati dengan cara suntikan maut.

Walaupun dia telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1980, John telah menunggu giliran untuk dihukum selama 14 tahun. Sepanjang penantiannya ini, lelaki ini telah mula melukis sehingga lukisannya kini bernilai puluhan malah ratusan ribu ringgit dan mencetuskan pelbagai kontroversi.

Lukisan-lukisan John ini tak tertumpu kepada satu benda je, dia telah melukis potret orang-orang terkenal termasuk Adolf Hitler, Elvis Presley dan peneman Snow White, tujuh lelaki kerdil (the Seven Dwarfs).

Jom tengok lukisan-lukisan dia!

1. Jesus Christ

John Wayne Gacy Painting Of Christ

Lukisan “Christ” oleh John Wayne Gacy menggunakan arkrilik. Tarikh tak diketahui.

2. Tengkorak pembunuh bersiri

Dahmer Skull Painting

Lukisan minyak tengkorak pembunuh bersiri, Jeffrey Dahmer. Tarikah tak diketahui.

3. Pogo The Clown

John Wayne Gacy Illustration

Lukisan asli “Pogo The Clown” yang dilukis pada tahun 1991.

4. The Seven Dwarfs

John Wayne Gacy Painting Of Dwarfs

John mempunyai obsesi pelik dengan tujuh orang kerdil dari Walt Disney dan dia telah lukis karakter ini beberapa kali. Tarikh tak diketahui.

5. Elvis Presley

Elvis John Wayne Gacy Painting

John juga merupakan peminat ikon pop, Elvis Presley dan dia telah lukiskan potret penyanyi ini beberapa kali. Tarikh tak diketahui.

6. Badut Felix Adler

Felix Adler John Wayne Gacy Painting

Selain dirinya, John turut lukis badut terkenal Felix Adler. Tarikh tak diketahui.

7. Adolf Hitler

John Wayne Gacy Painting Of Adolf Hitler

Interpretasi John terhadap diktator terkenal, Adolf Hitler. Tarikh tak diketahui.

8. Tengkorak pakai topi

John Wayne Gacy Painting Of Clown Skull

Antara subjek kegemaran John. Dia telah melukis pelbagai jenis tengkorak sepanjang dia berada di penjara. Ini adalah lukisan tengkorak memakai topi dan kolat badut. Tarikh tak diketahui.

9. Lelaki tak dikenali

John Wayne Gacy Painting Of Man

Gambaran menakutkan seorang lelaki yang tak dikenali. Tarikh tak diketahui.

10. It

It Clown John Wayne Gacy Painting

Karakter badut dari novel Stephen King “It” interpretasi daripada John.

11. Pogo The Clown

Pogo The Clown John Wayne Gacy Painting

Salah satu ilustrasi terkenal dari John merupakan potrait dirinya sebagai Pogo The Clown.

12. Pogo dan The Seven Dwarfs

4Bca11Aa0026478D8C3E269D01Dee2Fd

Antara lukisan badut yang mungkin paling menyeramkan dari John.

Gambar mana buat korang tak tidur malam? Jangan terbawa sampai mimpi sudahlah!

Sumber: ati

 

Baca: Pogo The Clown: Mamat Psiko Pakai Macam Badut, Goda Budak Lelaki Untuk ‘Main’ & Bunuh

Screenshot 2021 05 10 At 4.17.48 Pm

Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: Flavorwire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.