in

PM Umum Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Muhammad Adib

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.


Menerusi satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Palimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” jelas beliau.

Muhammad Adib Mohd Kassim414 1545184673

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk menyemak semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca ataupun Pulau Batu Puteh. Sambung beliau, kajian menyeluruh akan dilakukan dengan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

“Usaha ini bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh,” katanya.

Dalam pada itu, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat siasatan awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam bukunya, My Story: Justice in the Wilderness.

Ketiga-tiga jawatankuasa yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri akan diberi tempoh selama enam bulan bagi mendapatkan cadangan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Sumber: Kosmo

BACAPersatuan Peguam Muslim Malaysia Desak Kerajaan Tak Tutup Kes Arwah Adib Walaupun Sementara

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.