in

Persatuan Peguam Muslim Malaysia Desak Kerajaan Tak Tutup Kes Arwah Adib Walaupun Sementara

Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata yang kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan ditutup sementara dan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Bagaimanapun, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini telah mendesak kerajaan untuk tidak menutup siasatan ini walaupun sementara, lapor Malaysiakini.


Presiden PPMM Zainul Rijan Abu Bakar berkata, bukti baru tidak akan datang bergolek dan ia merupakan tugar PDRM untuk mencarinya.

Persoalan yang timbul kini, adakah polis sudah buntu, tidak menemui jalan dan letih menyiasat kes pembunuhan Muhammad Adib dan mengumpul buktinya?”

1216568

Zainul berkata lagi, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Zuraida ini kerana kenyataan seperti ini perlu datang daripada peguam negara atau ketua polis negara.

PPMM mendesak siasatan kes pembunuhan arwah Muhammad Adib tidak ditutup walaupun sementara dan usaha membawa pembunuh terbabit ke muka pengadilan perlu dilipatgandakan. 

“Dalam undang-undang jenayah tiada had batasan waktu ditetapkan bagi memulakan prosiding jenayah ke atas mana-mana pihak.”

Manakala sebelum ini, Zuraida yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengatakan yang kes akan dibuka semula sekiranya ada keterangan, maklumat dan bukti yang boleh digunakan.

Untuk pengetahuan korang, Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Mariamman di Subang Jaya pada 27 November 2018.

 

Baca: “Kematian arwah sebab PDRM & FRU gagal kawal rusuhan” – Koroner Inkues Kematian Muhammad Adib

Screenshot 2021 09 29 At 1.24.19 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.